Followers

Thursday, 28 July 2011

Evolusi bolasepak negara

Assalamualaikum.

 Gua rasa semua dah maklum mengenai perlawanan malam semalam. tak ke mana pun Singapore tu. seberang tambak je der. ingatkan terus pindah Brazil. haha! sikit hari lagi player sana dapat tawaran berlakon. tapi bukan drama melayu la. sinetron sudah. kemain meleret panjang cerita dia buang masa pulak tu. cilaka.

''haiya. . .lengchai. . lu punya team sulah kalahnye pun adui. . apa mahu bagi alasan nye pun?'' -Ah Tiaw dari Geylang, Singapura.


 Alasan gua? tak peduli apa orang nak kata. tak peduli walau bukan juara. kami bangga jadi anak Malaysia. kami rela mati mempertahankanya.

''haha. sudah lah saudara Singapura sememangnya hebat. atas rumput sebenar pun tak boleh nak menang?. hari kelmarin bukan main lagi bagi alasan padang tiruan? haha. Majulah Singapura semaju-majunya!'' -Abdul Latip Dol dari Woodlands, Singapura

 Tahniah la saudara. Singapura sememangnya hebat. hebat dowh. sumpah hebat. macam mana korang main bola?. weewit wewit. tolonglah ajarkan kitorang macam mana nak lahirkan player lembik macam tu? sama taraf dengan player lorong Haji Taib. kelas kau Maria!


''emangnya Singapura bisa! Indonesia juga bisa! garuda di dadaku!''- Bang Toyyib dari Surabaya, Indonesia.

 Ni sorang lagi. permit mana?

''iya iya lah maafin aku dong maafin!'' #larikkkkk

 Harimau main bermati-matian. Singa main? purak-purak mati. macam bebi! hahaha.


                                                      * * * * * * * * *

 Dah-dah gua tak nak dengar sebarang provikasi dari negara jiran baik pun dalam kalangan kita sendiri. *habis yang tadi tu bukan provok? gua terprovok. ter~ haha.


 Dah ditakdirkan rezeki tak berpihak pada kita. redha dan terima seadanya. dan jangan sesekali letak kesalahan dekat pemain negara. macam gua pernah cakap dulu. jangan bila pemain dalam top performance je sanjung. bila dia tak perform kemain mulut. contoh yang paling jelas. Apek, masa lawan Liverpool dulu kemain mengata. kalau yang cik adik manees pulak siap boleh cakap macam ni lagi.

''Khairul Fahmi . .I dah tak love you lagi. jangan cari I. .you tak tahu nak jadi keeper. I mencik you!'' -

malam semalam apek kembali dalam prestasi sebenar. adik manees yang sama mesti cakap macam ni pulak.

''Khairul Fahmi. I love you! you are my superhero! '' - . macam duit lah. bila berduit sayang. bila tak berduit bayang pun tak nampak.

macam bebi.

                                                          * * * * * * * * * *

 Gua tak nak mengulas mengenai permainan semalam. apatah lagi nak mengritik. sebab gua bukan pengulas mahupun pengkritik. cuma apa yang gua nak sampaikan dekat sini ialah evolusi bolasepak yang sedang berlaku pada negara kita.

 Pertama, kebanjiran penyokong setia Harimau Malaya yang membanjiri stadium. penyokong ye bukan penonton. nak tonton pergi duduk dekat depan tibi macam gua semalam. dah nak buat macam mana bukan rezeki gua.

 Dalam masa dua hari tiket boleh habis. kalau dulu penjual tiket bukan main segan nak jual tiket. sekarang siap kena aim sebab tiket dah habis. ahah!

 Kedua, gua rasa semua pun dah perasan. sejak Harimau Malaya menang piala AFF tahun lepas. pergilah ke ceruk mana sekalipun dalam Malaysia ni. jersi kebangsaan ada dekat mana-mana baik hat yang warna biru tak pun hat yang warna kunin. kalau dulu bukan main susah nak cari jersi tapi sekarang? sampai dekat Padang Besar pun ada jual.

 Ketiga, akhirnya pemain kebangsaan mendapat penghargaan yang sewajarnya yang sepatutnya diberikan oleh penyokong sejak dari dulu lagi.apa dia? nama-nama diorang dah jadi buah mulut mak cik Senah dengan kak Tipah Tenuk sekarang ni.

''eh Senah, kau tengok tak Safee Sali main semalam? kemain rakus ye beliau menjaringkan gol. mak suke lah!'' -Tipah Tenuk.


''eleh Tipah, my Khairul Fahmi is very the letop kau tahu. encemnye. cweet cangat!''-Senah.

*kejap lagi bergaduh lah tu.ahah!

 Dulu mana ada orang nak kenal pemain negara sangat. bahkan pemain negeri sekalipun. kecuali zaman kegemilangan bolasepak negara yang diterajui oleh allahyarham Mokhtar Dahari dan rakan seperjuangan yang lain pada masa tu.

 Dulu kemain lagi dengan David Beckhamn, Ronaldo, Roberto Carlos. sikit pun diorang tak heran pujalah macam mana sekalipun sebab diorang lagi suka kalau penyokong negara sendiri yang sanjung diorang. tak percaya? kalau orang luar contohnya jiran sebelah rumah puji kita sebab kita pandai tapi mak abah sendiri tak pernah mengaku yang anak beliau pandai. apa rasa?

                                                           * * * * * * * * * *

credit: Gugel



 Entri gua pun dah panjang meleret-leret macam sinetron. ahah! tak logik lah baru menang Asean cup terus nak dapat World Cup kan?. pelan-pelan kayuh tak ke mana pun piala tu. jajah satu asia dulu kemudian baru jajah satu dunia. haha.

 Tapi gua dah boleh agak ni semua taktik coach Rajagopal. beliau sengaja bagi peluang dekat Singapore mara ke pusingan seterusnya dalam kempen pra-piala dunia 2014 ni. sebab beliau tahu masa kempen kelayakan piala dunia 2018 nanti Singa dah terlalu uzur nak menentang Harimau Malaya yang sudah mencapai tahap kematangan. kalau sekarang Alexander Duric 41 tahun kalau 2018 nanti tak ke 48 tahun? haha.

 Kalau sekarang gua 21 tahun kalau 2018 nanti? tak ke dah beranak pinak. haha. lepas tu tak mengaku yang gua sendiri tulis entri ni. sangat tak matang.

 Singa kacuk oh Singa kacuk! Selamanya Singa kacuk!

 Ok.bai
Azmeer Ahmad Shahruddin