Assalamualaikum.
Entri ringkas dari aku,
Aku dah lama perasan benda ni cuma malas nak bersuara tapi sekarang aku dah bersuara. adakah wajar bagi seorang blogger mengaibkan seseorang semata-mata nak kejar trafik?
Tak kiralah siapapun dia. kawan sendiri ke? kawan kepada kawan ke? jiran ke? retis ke? top blogger ke? kita kena sedar mengaibkan orang lain tu berdosa namanya.
''habis dia dah buat taik dengan aku. takkan aku nak diam?'' Anonymous
Jadah apa? sekalipun dia buat kita marah, adakah rasional untuk melepaskan kemarahan di dalam blog? lepas tu ping merata tempat untuk tatapan readers. lainlah kalau blog tu privacy peduli apa aku.
Bertambah buruk pulak bila ada readers yang turut 'merasa kesakitan hati tersebut' memberi sebuah dua komen yang berunsur penhinaan, cemuhan dan seangkatan dengannya.
Sekarang berapa banya taik pulak yang kau buat dah dekat dia?
Sama jugak dengan yang jenis mencanang cerita-cerita gossip. kalau salah gossip fitnah namanya. kan? dosa dalam diam ni lagi teruk daripada dosa terang-terangan. kenapa aku cakap macam tu? dosa yang terang tu kompem-kompem lah kita tahu tu dosa cuma pokoknya sama ada belum sedar akan dosa tu ataupun sekadar tutup sebelah mata.
Tapi kalau dosa dalam diam ni sampai ke mati pun kita tak tahu. tahulah gila meroyan nak mencari trafik tapi takkanlah tak guna akal langsung? sampai dah tak tahu nak beza perkara yang boleh mengaibkan orang.
Nak mintak pandangan orang katanya. kalau betul pun nak mintak pandangan orang perlu ke membelakangi DIA yang maha mendengar rintihan dan kesedihan hamba-Nya?
Aku tak nampak pun celah mana kebaikan menghentam orang dengan cara macam ni? kalau ada alasan yang paling kukuh dan paling munasabah cuba bagi tahu aku.
Sabda Rasulullah s.a.w
“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri"
K.bai