Followers

Friday, 12 August 2011

Isu followers dan hak berblogging layakkah kita persoal?


Assalamualaikum.

 Apa khabar korang? sihat? lately banyak pulak entri yang berkait pasal isu sesetengah bloggers yang hobinya hanya 'mengumpulkan followers' semata-mata tanpa mempedulikan kualiti penyampaian entri di dalam blog.

 Sebenarnya aku malas nak ambil serius pasal benda-benda macam ni cukuplah dengan keseriusan nak membuat sebotol ubat yang mengambil masa tiga jam untuk dihasilkan di dalam kelas pratikal aku. tapi sebagai salah seorang blogger yang berada di dalam kalangan komuniti bloggers. tak salah untuk aku menyampaikan sebarang dua pendapat? kan?

''suka hati akulah nak kumpul followers banyak mana, diorang follow blog aku bukan follow blog kau! dengki lah tu? lagi satu perlu ke nak buat entri yang berkualiti bagai? tak kemana pun entri berkualiti tu kalau followers tak ramai macam aku'' -Anonymous

 Sebelum aku pergi lebih mendalam mengenai isu seumpama ni. it's better to know the concept of the blogging itself. senang cakap. back to the basic. 

 Bagi aku blogging ni boleh aku kategorikan kepada dua. (berdasarkan pemerhatian aku sendiri), iaitu:

1.Personal - blog jenis personal atau persendirian lebih bergantung kepada pemiliknya. sama ada mahu blognya dibaca oleh orang lain ataupun diprivasikan sahaja.

2.Informatif - blog jenis informatif lebih bersifat pelbagai. dalam erti kata lain blog jenis ini lebih terbuka dalam penyampaian maklumat  mahupun dalam hal ehwal perniagaan.

 Apa yang aku pasti isu mengenai sesetengah bloggers yang teramat obses dengan followers datangnya dari blog jenis persendirian. kenapa? sebab blog jenis informatif lebih terarah kepada pembaca umum ataupun silent readers. betul tak?



 Persoalannya dekat sini layakkah kita persoal cara mereka berblogging? followers mereka ramai pun disebabkan usaha mereka meng'i follow you,you follow me back' kan?

 Mengkritik cara mereka berblogging sama seperti kita menafikan hak mereka untuk berblogging. jangan tipu aku lah bloggers mana tak cemburu bila tengok followers bloggers lain mencanak banyak? ke aku yang salah andaian?

 Tapi adakah followers yang mem'follow' those certain bloggers betul-betul keep in touch with their blogs? here comes the quality of the blog itself. sebab tu tak perlu untuk kritik blog mereka. sebab at the end of the day diorang just dapat kepuasan mengumpul followers dan bukannya kepuasan berblogging.

 Kepuasan mengumpul follower dan kepuasan ketika berblogging umpama langit dengan bumi. sebab kalau awal-awal lu orang berblogging niat nak kumpul followers beribu-raban fikir balik betul-betul. niat pun dah salah ada hati nak berblogging. betul tak?


 Apakah yang dimaksudkan dengan aku mengenai kepuasan berblogging tu? passion ataupun keghairahan ketika lu orang berblogging lah jawabnya. tak payah nak dirisaukan dengan followers tu. 

 Analoginya mudah tak perlu ambil contoh jauh-jauh kita ambil kekuatan tentera rasulullah s.a.w (selawat dan salam ke atas baginda) dalam perang badar. 314 tentera melawan 1000 kafir. apa analoginya dekat sini? mungkin dari segi logik akalnya mustahil. tetapi kualiti yang dimiliki oleh tentera rasulullah mampu mengahapuskan seribu bala tentera kafir.

 Bila orang tengok kualiti yang ada pada blog lama-lama mesti berkenan punya. percayalah. yang penting utamakan kualiti blog. kuantiti followers dikemudiankan. kualiti blog? macam mana tu? find it yourself. kadang-kadang google pun tak boleh nak tolong kita dan tak semua benda kita boleh Google.

 Sebab since aku start blogging dalam tahun ni. aku perasan something dengan dunia blogger.

 Bak kata abang Eqbal Zack ''kurasakan something''. hehe.

 Kalau followers ramai dia akan terkenal. betul ke? entahlah. maybe sebab tu ada segelintir bloggers yang terlampau obses dengan followers kot? 

 Aku ni bukanlah nak memandai-mandai jauh sekali nak berlagak bagus dalam menyampaikan pendapat aku ni. blogging ni sebahagian hobi aku je. aku berblogging pun sebab nak hilangkan stress belajar.

 k.bai


Azmeer Ahmad Shahruddin