Assalamualaikum.
Kalau lu orang tengok tibi guwa berani jamin setiap hari mesti dipaparkan mengenai isu pembunuhan, rusuhan, penculikan and what so ever yang berkait dengan kebodohan manusia. kan?
Dah lah culik, rogol lepas tu bunuh. what is going on sebenarnya? kadang-kadang aku terfikir macam mana si jahil ni sangup membunuh. kalau setakat tikam mungkin boleh consider lagi. maksud aku mangsa tu mati sebab ditikam dan kemungkinan kehilangan darah yang banyak. tapi sekarang teknik membunuh tu macam dah tak releven untuk si pembunuh. untuk cara membunuh yang lagi ekstrim si bangsat ni sanggup mengerat anggota badan lepas tu buang anggota tersebut secara berasingan.
Okay dari segi faktor islamik kemungkinan disebabkan bisikan syaitan. marah itu api dan api itu syaitan. betul kan? aku sendiri sebenarnya tertanya-tanya macam mana boleh terdetiknya perasaan si pembunuh ni untuk membunuh mangsa? mungkin bagi diorang itu adalah alternatif terakhir untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu diri.
Baru-baru ni pasal kes anak menetak bapak yang membawa kematian kepada si bapak. isunya remeh iaitu cuma menegur. anak-anak sekarang ni memang dah tak makan dek teguran eh? mungkin segelintir yang berperangai macam ni.
Manusia sekarang ni lack of humanity. dalam maksud lain sifat perikemanusiaan manusia sekarang dah lari daripada fitrah manusia tu sendiri.
Ketepikan isu tadi. kadang-kadang kebodohan manusia ni memang tak boleh nak dipertikaikan. sepandai-pandai manusia ada bodohnya jugak. sebab manusia ni secara fitrahnya tak sempurna. kita ni hina sangat kalau nak dibandingkan dengan seekor burung atau lain-lain binatang. sebab apa? kita tak mampu terbang, kita tak mampu menyelam ke dasar lautan bahkan kita tak serajin semut-semut yang berkerja siang dan malam untuk mencari makanan.
Tapi setiap ciptaan Allah s.w.t ada kelebihannya tersendiri memang benar kita tak mampu terbang ke awan umpama burung. kita tak mampu menyelam ataupun berenang umpama ikan. tapi kita ada akal untuk merealitikan semua tu. betul kan? mulianya manusia kerana akalnya.
Tapi malangnya akal yang dikurniakan untuk membeza antara baik dan buruk sukar untuk kita jelaskan. ada orang yang belajar ilmu agama tinggi-tinggi tapi akhirnya menyimpang dengan mengasaskan ajaran sesat. ada sesetengah pulak belajar sampai ke luar negara tapi akhirnya cuba membuat onar dekat negara sendiri. mesti ada punya. takkanlah secantik-cantik bunga tak ada satu pun yang rosak. betul tak?
Aku rasa dalam soal ni bukan ilmu jadi penentu kalau ilmu yang ada pun belum tentu dapat bezakan antara baik dan buruk. ini soal cara pemikiran kita. akal yang dianugerah oleh pencipta. tapi segelintir manusia sekarang lebih banyak berfikir menggunakan nafsu daripada akal. sebab tu isu rogol, pembunuhan, rompak boleh terjadi. kan?
Tingkah laku yang melampaui batas seseorang manusia tu dah jadi macam asam garam manusia zaman sekarang. mana taknya hari-hari kena sumbat berita macam tu. kalau hari isnin pasal kes pembuangan bayi hari-hari seterusnya cerita yang sama tapi jalan cerita yang berlainan.
Jangan pulak sampai satu tahap terdetik dekat hati kita ''alah buang bayi normal lah tu''. mesti ada punya sebab dah terbiasa. bukan? kebodohan manusia ni luas tapi kita tak sedar.
Baca surat khabar 'gadis kena rogol dengan bomoh'. tak ke bodoh namanya? maksud aku dekat sini kalau betul dia beragama islam dan tahu bomoh/pawang yang cara perubatannya bercanggah dengan perbuatan islam. kenapa masih percaya? bukankah menduakan Allah?
Agak-agak ada tak jalan penyelesaian mengenai isu macam ni?
k.bai