Followers
Thursday, 8 September 2011
20 cara untuk mengatasi isu kenaikan harga topap
Assalamualaikum.
20 cara untuk mengatasi isu kenaikan harga topap.
1. buat demonstrasi secara aman bagi membantah isu kenaikan kadar cukai terhadap topap.
2. bagi pengguna Digi sila tangkap makhluk kuning untuk dijadikan tebusan. jangan kasi dia makan dengan minum! bagi dia diet sikit.
3. kurangkan penggunaan kredit secara berlebihan.
4. buat miskol terhadap individu yang hendak dihubungi. dan invididu terbabit mesti buat panggilan terus kepada anda seraya berkata ''haa ada apa kau kol aku tadi?''
5. kerap main pesbuk dan twitter.
6. pakat-pakat cari sugar dedi dengan sugar mummy untuk taja topup anda. nak lagi terjamin amik Robert Kwok bapak segala sugar dedi.
7. jangan pakai henpon. guna talipon rumah dan publik phone.
8. kalau nak hantar mesej jangan pakai henpon sendiri. pinjam henpon mak,abah,adik,abang,kakak, best friend dan BFF anda.
9. tulis surat. tapi jangan kerap sangat, tulis surat seminggu sekali sebab nak selamatkan pokok dan duit setem.
10. kapel dengan awek yang jual topup.
11. mintak putus dengan boipren/ girlpren dengan alasan tak mampu nak tanggung duit topup beliau.
12. nak jimat buat panggilan ke talian bebas tol macam polis,ambulans dan seumpamanya. kena tangkap aku tak tanggung.
13. kahwin dengan bakal suami/isteri yang bapak/mak dia kerja dekat syarikat telekomunikasi. kalau macam tu baik kawan dengan bapak dia teruih!
14. naikkan biasiswa JPA sebanyak Seploh ribu satu semester.
15. kalau duduk dekat-dekat hantar mesej guna blutut.
16. bila kredit dah habis jangan terus pergi topup. guna kredit advance dan sos topap tak pun mintak share topap dekat membe yang baru topap.
17. butakan mata dan bisukan mulut anda. dengan cara ini anda tidak perlu bercakap dan menaip mesej dan secara automatik henpon tak perlu digunakan.
18. pasang cita-cita jadi kaki pengkikis harta anak orang kaya supaya senang nak mintak duit topap.
19. bila awek/pakwe hantar mesej hari isnin balas mesej tersebut hari isnin minggu depan.
20. hidup secara bersederhana dan jangan nak bertopup sangat. duit topup tadi boleh simpan buat belanja keperluan asas seharian seperti makan, minum dan belanja Azmeer.