Cara nak mengelak sihir di Facebook.
1. buat fake account.
2. guna gambar kawan anda. jadi kawan anda yang kena sihir bukan anda.
3.boleh guna gambar boipren/girlpren sebagai pengganti diri. kata ''lautan dalam sanggup direnangi'' takkan tak sanggup jadi korban santau untuk orang tersayang kot? ahah.
4. upload gambar macam ni
aku rasa tak sempat bomoh siam tu nak santau kau dia dah kojol dulu. sebab terkejut beruk. beruk pun tak terkejut macam dia. haha.
5. jangan apporve strangers. kalau friend request dari Zme Ahmad Shahruddin kena approve cepat-cepat.
6. pasang pedinding dekat pesbuk sendiri.
7. selalu post ayat-ayat al-Quran yang dishare melalui Youtube. nak letak lagu nasyid pun takpa.
8. delete account pesbuk. bhahahaha. tak payah main pesbuk.
9. minum air masak lapan gelas sehari dan bersenam 30 minit setiap sesi.
10. lebihkan makan sayur.
11. privatekan gambar. jangan sesekali tayang walaupun dekat kawan anda sendiri. percayalah dia pun dah pedap hari-hari nampak muka kau dekat kelas/tempat kerja.
12. letak gambar kucing kesayangan. biar kucing tu kena santau. hah. tak pernah dek orang santau kucing. melainkan bomoh tu dah bangang binatang dengan haiwan tak tahu nak beza.
13. letak profil picture botol kosong macam ni. senang sikit tak payah susah-susah nak panggil pak Imam tangkap jin.
14. letak gambar Aaron Aziz/Lisa Surihani atau artis pujaan si penyihir tadi. takkan dia nak santau Lisa Surihani kot? ngahahaha. mesti dia tak sanggup.
15. Untuk yang hantar sihir dan mengamalkan ilmu sihir tadi. sebelum neraka jadi tempat tinggal bawak-bawak lah bertaubat. sesungguhnya antara tujuh dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat nasuha adalah sihir.