Followers

Monday 19 September 2011

Persoalan dari seorang lelaki.

Assalamualaikum,

 Hi. nama saya Muhamad Azmeer b. Ahmad Shahruddin dan saya lelaki. obviously lah kan takkan Natasya Farisya pulak. amboi jahat ngat!


''Saya pondan istimewa'' -Natasya Farisya.

 Dah lama tak menaip sebenarnya tiba-tiba rasa nak menaip. alang-alang minggu ni tak berapa sibuk boleh lah luangkan masa dengan blog picisan ni sekejap. entri kali ni lebih bersifat formal dan kata ganti diri 'saya' akan digunakan sepanjang menulis entri ni.

 Benda ni memang saya nak tulis sejak hari ahad lepas tapi banyak pulak idea nak buat entri lain jadi haruslah postpone dahulu.

                                                                                * * * * * * * * * *

 So, I think this is the most suitable time for me to do this post. amacam serius tak? ahah. bila perempuan bercakap pasal lelaki, ungkapan-ungkapan seperti lelaki buaya darat, lelaki miang dan lelaki mata keranjang mesti terpacul keluar punya. (dekat sini saya tak nak sentuh pasal lelaki dayus dan tak ada kaitan pun dengan entri ini).

 Agak-agak lah kan. dari mana punca timbulnya istilah lelaki jenis macam tu? dan kenapa bila sebut perogol je mesti kait dengan lelaki.? sangat jarang kita dengar tajuk berita macam ni; ''lelaki hilang maruah diri akibat dirogol bergilir-gilir oleh duablas wanita'' amboi rakus ngat tajuk berita ni. kan?

 Asal nafsu kebinatangan je mesti kait dengan lelaki. tapi nak buat macam mana lelaki dikurniakan sembilan akal dan satu nafsu. wanita pulak dikurniakan sembilan nafsu dan satu akal. (sampai sekarang saya tak tahu kesembilan nafsu tersebut. ok tipu lapan je tak tahu lagi satu dah tahu sebab baca buku biology bab reproduction masa tingkatan lima.ahah!)

 Kalau saya cakap masalah tu berpunca dari kaum wanita macam mana? ada yang melatah tak? keberahian seorang lelaki terhadap wanita boleh terjadi dengan melihat cara pemakaian diorang (wanita) je. setuju? saya  ni jenis yang ada sifat ingin tahu kenapa benda tu mesti berlaku sebab tu saya tulis entri ni.

 Itu baru cara pemakaian dan saya belum lagi sentuh sikap segelintir wanita yang dikategorikan sebagai gedik dan ramah bila berjumpa dengan lelaki. tak payah fikir beyond our limit pun nak cari contoh. benda paling senang Facebook. tapi saya tak mahu sentuh pasal tu.

 Secara analoginya anggap diri kita sebagai perogol (maaf kalau tak senang dengan analogi ni tapi saya harap sifat keterbukaan pembaca dalam hal ini) jadi yang mana satu akan jadi sasaran kita wanita yang menjaga maruah diri dengan menutup aurat yang diwajibkan perintahnya oleh Allah s.w.t atau wanita yang berpakaian ketat (baru ketat belum seksi lagi). saya yakin anda tahu jawapan bagi seorang perogol.

 Panjang pulak saya menulis that's why I prefer entri yang bergambar daripada menulis. ahah! apa yang menjadi persoalan saya adalah.

1. kenapa wanita pakai tudung tapi bahagian dadanya masih terdedah?

2.kenapa wanita mesti pakai legging bila keluar bersiar-siar?

3.kenapa wanita mesti pakai baju yang ketat-ketat sampai boleh nampak susuk tubuh?

4.kenapa wanita pakai wangian yang boleh menusuk hidung lelaki?

5.kenapa wanita mesti pakai baju yang jarang sehingga boleh menampakkan inner mereka? (alah baju macam jaring-jaring tu saya pun tak tahu apa nama dia?)

6.kenapa wanita mesti pakai kain yang berbelah-belah?

7.kenapa wanita pakai tudung tapi lelaki masih boleh nampak rambut yang diikat sanggul? kenapa tak pakai anak tudung?

8.kenapa wanita pakai tudung tapi rambut masih tersembul keluar dicelahan tudung?

9.kenapa wanita berani pakai pakaian yang terdedah sini-sana?

10.kenapa mesti berpakaian macam tu didepan lelaki yang bukan mahram baginya?

menutup aurat itu adalah perisai untuk menjaga kemuliaan seorang wanita.


p/s: masa lu orang baca entri ni guwa pergi beli makanan.kahkahkah. lapaq ngat!
Azmeer Ahmad Shahruddin