Followers

Sunday 25 September 2011

Tips berjimat-cermat untuk student.

Assalamualaikum,

 Tips berjimat cermat untuk student.

Salimah dan rakan-rakan

 Adakah lu seorang student yang dibebani dengan masalah pembayaran rumah sewa dah bil-bil elektrik yang hapekejadah itu? adakah duit biasiswa JPA dan PTPTpu anda tidak cukup? jika jawapan lu orang adalah ya lu orang merupakan student IPT yang normal. kahkahkah. so, guwa nak kasi tips berjimat cermat.


makanan mahal. lu orang nak makan tapi takut bajet  lari.
-bulan syawal pun belum habis lagi. bagi yang duduk dekat rumah sewa tu lu orang boleh buat muka tebal ketuk pintu jiran sebelah-menyebelah cakap ''mak cik kami datang nak beraya''. takkan diorang nak tolak pulak kan? melainkan lu orang gegar rumah pak cik mak cik tu pukul duablas tengah malam. makan penampar lah jawabnya.

-hari sabtu ahad pulak. guwa berani jamin mesti ada kenduri kahwin dekat kawasan kejiranan tu pergilah datang tapau mana yang patut. jangan curik telur pengatin pulak nanti pengantin nak bersenggama macam mana? kahkhakah.

-kalau lu orang tengok housemate/roomate makan meggi lu mintak lah sesuap dua. kan jimat? macam tu jugak kalau diorang buat air milo. lu hirup lah sehirup dua. takkan nak berkira? ahah!

-kalau dah sengkek sangat.lu buat macam ni. lu orang pakai baju lusuh seluar kalau boleh pakai yang koyak punya. jangan ambil yang koyak tengah punya. lu pergi kedai makanan berhampiran buat muka seposen sikit lepas tu berlakon macam pengemis. kahkakah.


keperluan asas tak ada? jangan risau!
-lu orang nak mandi tapi syampu dengan ubat gigi tak ada? lu mintak lah dengan housemate lu sendiri.


badan bau kambing sebab tak mampu beli perfume?
-lu orang pergi supermarket cari bahagian minyak wangi lu orang terus sembur tester. secara tak langsung minyak wangi yang berharga tigaploh ringgit tu melekat dekat baju kuliah lu orang.


nak beli surat khabar tapi macam sengkek sangat nak keluar duit?
-benda macam ni selalu guwa buat. guwa dah jimat RM 5.50. baca lah surat khabar apa yang lu orang nak baca Kosmo!? B.Harian?, Utusan? baca online sudah. ahah.


mengidam iPhone/Blackberry tapi tak mampu untuk membeli?
-lu pinjam lah dengan kawan-kawan lu orang yang ada binatang tu. ahah. guwa konpiden lah yang lu nak sangat iPhone dengan Blackberry tu bukannya apa. lu nak suruh orang tengok lu hapdate status pesbuk lu orang sebab ada [via iPhone] dengan [via Blackberry] kan?


transport tak ada sebab lesen tak ada lagi?
-nak naik bas tapi takut jatuh standard? lu tumpang lah kawan lu orang sendiri.

 Kalau dah tahu hidup dekat universiti macam ni. jangalah guna biasiswa tu buat beli benda yang bukan-bukan. jangan nak makan  sedap-sedap sangatlah. duit tu bukan untuk joli gila babi duit tu lah yang nak kurangkan beban mak ayah yang sibuk membanting tulang kasi anak-anak beliau makan. ingat lu student dan lu bukannya orang bekerja yang gajinya berpuluh ribu. faham?

p/s: guwa ada cerita nak dikongsikan tapi memandangkan guwa dah mula sibuk tunggu lah nanti guwa update. kalau ada orang nak baca. ada ke? entahlah guwa ni syok sendiri. 



Azmeer Ahmad Shahruddin