Sebenarnya dah lama guwa tak menaip asyik melukeh je. tapi sebenarnya guwa tak suka pun nak melukeh. motip?
S Aydah Ahmad |
Dekat sini guwa telah diajukan beberapa soalan daripada blogger retis dan guwa dah berjanji untuk menjawab duabelas soalan beliau.
Jadi saya terima cabaran awak dan akan menjawab soalan awak satu per satu *bajet macam press konferens
Soalan 1: Kau rasa kau hensem/cantik? sebab?
Hensem? nahhhhh tak hensem pun. sebab? memang tak ada lelaki sehensem aku tapi yang lebih hensem banyak! ahah!
Soalan 2: kau suka perempuan/lelaki macam mana?
Okay soalan ni tak spesifik suka perempuan untuk apa? calon isteri ka? calon isteri kedua ka? tak pun calon untuk dijadikan gundik ka? gundik? gudik lah kau Azmeer. haha.
Jadi, saya berkawan dengan semua orang dan tak pernah memilih untuk berkawan :)
soalan 3: kau nak kahwin umur kau berapa?
buat masa sekarang memang takkan berkahwin punya. ahah. haruslah kan tengah belajar kau nak kasi anak orang makan apa? makan buku Pathology sama Microbiology yang tebal-tebal gitu? saya pun tak sanggup nak mengadap inikan pulak anak orang.
Soalan 4: Apa yang kau nak capai dalam hidup kau?
soalan ni pun terlalu luas konsep dia. so, yang saya nak capai dalam hidup ni biarlah apa yang saya buat ni membawa kebahagian kedua ibubapa saya. tu je tak banyak. tak guna jugak jadi jutawan tapi tak dapat redha mak abah kan? :)
Soalan 5: Apa yang penting dalam hidup kau sekarang?
semestinya keluarga yang paling penting dalam hidup saya dulu,kini dan selamanya :)
Soalan 6: Umur kau berapa?
saya lahir pada 3 haribulan Jun tahun 1990 di Hospital Bukit Mertajam di Pulau Pinang. hampa jangan tanya kami dalam loghat utagha sebab kami dah tak pandai nak cakap Penang habaq kat ang. :P
oh umur? kiralah sendiri ;)
Soalan 7: First love kau bila?
Leb? leb tu apa? HAHA. okbai.
Soalan 8: Kalau ada janda or duda yang ngorat kau then ajak kahwin kau terima tak? sebab?
kalau ada janda ngorat saya lepas tu ajak saya kahwin haruslah saya terima. janda kot! sedangkan Irwansyah pernah nyanyi lagu Ku Tunggu Jandamu. sebabnya?
tarikh menikah: 11.11.2011 |
Soalan 9: nanti kau nak honeymoon dekat mana?
honeymoon? tu kena tanya Rozita Che Wan sendiri. katanya nak honeymoon ke Paris. uyoooo leb leb dekat Paris kau nyah. thanks yang! :P
Soalan 10: Kau suka budak-budak tak?
saya suka budak-budak tapi saya tak suka bapak dan mak budak yang buang budak. keji gila punya perangai. nanti bila dah tua anak-anak buang kau baru kau rasa. pui!
Soalan 11: Harapan kau apa?
tidak kesampaian cinta kita, ku bawa harapan ku pendam rahsia -Fazli Zainal, Harapan.
ahah.
Soalan 12: Kalau aku mintak no tepon kau, kau bagi tak? =P
okay mula-mula kita tengok dekat smiley --> =P *dia senyum sambil jelir lidah. ada makna tu. so kalau nak nombor telepon jangan buat =P sebab nanti saya ingat awak ada niat lain terhadap saya. ahah! nak nombor boleh syarat hari-hari topupkan ke no selsom saya sebanyak seploh hinggit!