Followers

Friday, 11 November 2011

Selamat menduduki Espiyem!

Assalamualaikum,

 Hai anak-anak! ahah! dah macam pokcek mokcek pulak guwa cakap camtu. guwa rasa nak menaip pulak. sampai nak menaip pun guwa boleh rasa hebat betul lidah guwa ni. untuk gigi yang sensetip lu orang gunalah sensodyne. gigi pun boleh tacing. pftt.

 Seminggu je guwa cuti mid-sem tapi serupa tak cuti. lebih kurang kau sekip-sekip kelas selama 5 hari berturut-turut dia punya rasa. eh rasa lagi. ahah! semua benda guwa nak rasa.

 Isnin depan budak-budak tingkatan 5 biru merah hijau kelabu pink oren semua ambil Espiyem. guwa punya Espiyem masa tahun 2007. orang cakap Espiyem ni penentu masa depan. kalau tak lulus Espiyem gelap masa hadapan. kemonlah kucing guwa tak ambil Espiyem pun boleh je hidup. next week kucing guwa further dia punya study dekat ostolia. *ok tipu.

 Dekat sini guwa nak kasi tips untuk menghadapi Espiyem:

ni slip exam nama dia.

 Sebelum masuk dewan peperiksaan:

1. Kenalah mandi dulu. hahahaha. gila apa! tak pernah lagi guwa tengok bebudak masuk exam hall siap berbaju tido. nasib baik beliau pakai baju tido. kalau beliau amik exam pakai boxer rambu-ramba? pftt~

2. Bawak-bawak solat subuh. kau cerdik macam kancil pun *ahah asal pandai je disamakan dengan binatang! kalau bodoh pun disamakan dengan binatang. tapi hubungan dengan Allah tak dijaga pun tak hado lah gamaknya. *guwa pesan dekat diri guwa sendiri.

3. Semak balik jadual Espiyem. agak-agak mata tu kero gunalah highliter, highlite yang mana patut. kalau lu orang tak amik bahasa tamil janganlah gatal pergi tanda dengan dakwat kuning fluorescent tu. apa ketamilan semua ini? padayappa! ahah!

4. Pastikan alat tulis dengan segala slip exam serta IC ada. ni bukan ujian bulanan sekolah rendah yang suka-suka hati boleh pinjam pemadam dengan pembaris dekat membe sebelah.

5. Oh guwa lupa nak cakap. masa lu orang mandi tu berak siap-siap. kalau boleh bukan takat taik je usus kecil dengan usus besar tu buang sekali. barulah tak rasa nak terberak bila jawab exam nanti. pfft~

6.Kalau jenis yang kena ambil sarapan makanlah berpada-pada. kau dah tahu nak ambil Espiyem pagi tu kau bedal nasi lemak sambal lebih. memang lebih la sambal kau buang dalam tandas sekolah nanti.

7. Amalkan sebelum nak pergi exam salam peluk ciyom mak abah. seraya mak abah lu orang berkata ''taim nak ambil exam baru lah nak salam peluk ciyom bagai. pfttt~''. permulaan nak menapak ke sekolah pun hati dah tenang sebab dah solat subuh sekali mintak restu mak abah. kan?

8. Semak sekali slip exam dengan IC. bacalah nota-nota apa yang patut. jangan pulak kau pergi sebat baca buku teks KBSM yang tebal-tebal tu. paling bijak pun buat lah nota ringkas pandai~ tercirit lah nak baca satu-satu dalam buku teks tu. taim orang suruh baca buku kau main pesbuk siap hapdate status macam ni

''SPM minggu depan. titew takowt giler babik!'' *lepas tu melangut depan pesbuk dua ke tiga jam sebab nak tengok berapa ramai orang like setatus. tengok-tengok sorang pun tak peduli. ahah! 

9. Sebelum nak bertolak tu bacalah doa. doa ni coverage dia meluas satu alam semesta. nak naik kenderaan pun bacalah doa. malang tak berbau. kalau bau tu bangkai nama dia. ha~ tak kiralah nak moto , kereta, kancil, rusa, unta sekalipun.

10. Jangan nak buat muka gabra gila babik. tenang je. muka tu biar bajet banyak bila membe-membe tengok. siap boleh cakap camni depan lu orang ''pehhh ada muka straight A doh aku tengok kau. gempak siak!''. padahal tak adalah berapa nak bijak pun. psiko lah sikit biar membe cuak. last-last dia tak dapat jawab exam. padan muka.

ahah! asal guwa haplod bebudak ambil UPSR? pon boleh.

 Ketika berada dalam dewan peperiksaan:

1. Bila dah masuk dewan peperiksaan kalau boleh salam ciyom tangan pengawas peperiksaan. nak kiss pipi pun lagi afdal. kalau dah ramah sangat bawak lah bekal nasi goreng sebekas dua kasi dekat pengawas-pengawas peperiksaan tu sambil berkata ''cikgu mak kasi nasi goreng pataya sepesel untuk cikgu.''

2. Sambil berjalan mencari tempat duduk wish lah sepatah dua dekat membe cakap good luck ke tak boleh? 

3. Dah duduk dekat tempat sendiri letaklah IC dengan slip pelajar dekat sebelah kanan meja. itu pun guwa nak ajar. haih. 

4. Sepuluh minit pertama tu ketua pengawas mesti kasi briefing. gunakan masa yang ada untuk tidur. ahah! lagipun arahan tu dah siap tercetak sekali dengan jadual exam yang lu orang dapat. kan? dapatkan tidur pagi yang berkualiti selama seploh minit sebelum lu orang menjawab exam. jangan risaulah lu orang takkan terlelap sampai tak jawab exam punya. nak bet dengan guwa? lepas ketua pengawas tu kasi briefing pengawas peperiksaan mesti distribute kertas soalan. secara tak langsung beliau mesti kejut lu orang sampai lu orang terkejut daripada tidur. ahahahah. *kalau lu orang buat memang bebal dah tahu nak ambil Espiem lagi boleh buat main.

5. Bila dah dapat kertas soalan tu mesti pengawas suruh semak. kalau salah kertas soalan mesti dia suruh angkat tangan. jadi gunakan kegeniusan dan kecepatan mata untuk scan soalan yang bakal dijawab. masa ni otak lu orang kena ada dalam mood bersedia.

6. Sebelum jawab tu doalah sebab sekarang ni antara lu orang dengan Allah je. cikgu Salamiah ke Cikgu Rusminah ke hatta pengetua sekolah lu orang ke tak ambil peduli punya. mana cikgu kesayangan lu orang bila lu orang perlukan mereka? ahahahaha. jahat tak guwa.jangan risau diorang dah lama doakan yang terbaik untuk lu orang.

7. Guwa kalau jawab soalan objektif. mula-mula guwa tengok sepintas lalu semua soalan. lepas tu guwa akan pergi soalan yang tahap-tahap kelas belakang yang boleh jawab sampailah ke standard guwa punya level. ahah! kalau soalan yang guwa tak faham guwa terus skip *sambil membulatkan nombor soalan yang guwa tak 
pasti jawapan dia. jangan buang masa. 

8. Kalau soalan subjektif pulak guwa selalunya plan dulu jawapan yang bakal guwa tulis dekat booklet warna biru tu. tak payah nak rangka jawapan panjang berjela. senaraikan dia punya point lepas tu pandai-pandailah lu orang goreng.

9. Guwa paling pantang keluar dewan sebelum masa sebenar exam tu habis. jangan bajet genius sangat lah. kompom dapat A tak apa jugak. kalau ada kabel dekat Kementerian yang boleh tolong lainlah cerita. sedangkan orang yang tengah sakaratul maut pun boleh minta sesaat nak bertaubat pun tak dapat. hargai masa yang ada. tak payah sangat nak ikut membe. dia orang tu bebal kayu tak dapat jawab sebab tu keluar awal. pftt~ 

 Berkat guwa ikut cakap ketua pengawas supaya jangan keluar awal waktu exam add math tu lah yang buat guwa dapat masuk matrik. guwa bukannya suka sangat nak ambil STPM dengan diploma dulu. syukran syukran ahaks!

10. Agak-agak masa dah tamat tu. berdoalah. sebab lu orang dah usaha sekarang tinggal tawakal je. tu la taim membe lain susah payah belajar kau main pesbuk. kau main blog siap i pollow you, you pollow ai. HAHAHAHA.

padan muka~ HAHAHAHA

sesal kemudian tiada gunanya~ HAHAHAHA

siapa suruh tak belajar betul-betul~ HAHAHAHA

belajar dua tahun semata-mata nak jawab sehelai dua kertas soalan dalam masa sejam dua. pftt~

ahah! macam haram kalau guwa menaip. panjang gila bahbik!




p/s : Selamat menduduki peperiksaan. have a faith and believe in yourself. Allah pandang pada usaha bukan hasil. 
Azmeer Ahmad Shahruddin