Followers

Sunday 4 December 2011

Sebab cantik tu subjektif.

Assalamualaikum,

 Hari jumaat lepas punya cerita dalam kelas hubungan etnik,

 Guwa ada test hari tu, tapi malam tu  satu apa pun guwa tak study sebab sibuk siapkan assingment berkumpulan untuk subjek management guwa. jangan tak tahu student pharmacy macam guwa ni pun kena ambil  subjek elektif macam tu. maklumlah guwa ni bujang lagi lainlah dah berbini sekurang-kurangnya ada jugak orang yang sudi uruskan kehidupan guwa ni. kan?

comel je guwa tengok Irma ni. hik!

 Nasib baik dia punya format objektif kalau subjektif memang meroyan lah guwa masa tu. pftt. pilih satu antara empat. A,B,C atau D. kalau dalam hidup ni macam soalan objektif hubungan etnik guwa tempoh hari kan senang. 

  Selalunya pilihan jawapan yang paling panjanglah dia punya jawapan. kahkahkah.

 Entah macam mana pulak ustat guwa boleh cerita pasal kecantikan wanita dekat kitorang sekelas. memadangkan guwa sorang yang pokes dalam kelas jadi guwa memberikan sepenuh perhatian dengan apa yang ustat guwa sampaikan sambil mencatat poin-poin yang guwa rasakan penting. *ok guwa tipu.

 Ustat guwa cakap kecantikan wanita tu sebenarnya bukan terletak dekat muka diorang je. sebab cantik tu subjektif. bila dah subjektif jawapan yang lu orang akan bagi pun berbeza.

 Kalau lu orang cakap Pasha Sandha tu cantik *hmphh~

nasib baik guwa jumpa gamba yang sopan alahai. pftt~

 Habis macam mana pulak definisi kecantikan bagi  mokcek dan ahkak dekat bawah ni?

Mokcek Sarepah dengan pose vouge beliau.

Amboi Rukminah tenung apa tu? hikhok!

guwa tak pasti berapa panjang beliau punya oesophagus.

Ahkak punya bibir lagi seksi dari Kilafairy noks!

   
Ahkak Tijah dengan teknik bedak asasnya yang terlatest punya. cayalah!
Kerana kecantikan itu adalah hak milik setiap insan. ahah! kdabai!

p/s: 25 daripada 30. Alhamdulillah. he~


Azmeer Ahmad Shahruddin