Assalamualaikum,
Hallowwww! eheh. maaf maaf maaf lately saya jarang nak update blog. seperti lu orang sedia maklum hujung bulan ni Irma Hasmie dah nak bertunang dengan lelaki gojes pilihan hatinya. ehem ehem *sambil batuk-batuk manja. sebab tu saya tak ada masa nak main-main blog bagai ni. nak carik cincin belah rotan lah apa lah itu lah ini lah. amboi! haha.
Ok tifu! sampai hati Irma buat abam ceni.
Mencik!
* * * * * * * * * *
Jumaat lepas hari tu saya cadang nak balik rumah. adalah dalam tiga minggu tak balik rumah. Puncak Alam ke Klang adalah dalam satu jam perjalanan. tapi selalunya incik abah yang jemput. dulu masa saya dekat matrik Negeri Sembilan pandai pulak menapak dari Kuala Pilah pergi Seremban pahtu KL Central kendian ke Klang sorang-sorang semata-mata nak balik rumah. kan? HAHA.
Tapi tak adalah saya menapak guna kaki dari Kuala Pilah ke Klang. naiklah pengangkutan awam. heh.
Al kisahnya berlaku selepas incik abah singgah dekat pejabat bank nak membayar duit tenet yang dah kena potong. kijam punya Waimeks! kemain iklan potong-potong anu bagai dalam tibi tu. baru sebulan dua mogok tak nak bayar dah kena potong. kahkahkah.
Potong line la weh! hahahadoila.
Jadi dengan tak memandang kiri dan kanan saya mengekori incik abah masuk ke dalam bank. sambil-sambil perhatikan incik abah menekan punat-punat yang ada dekat Cash Deposit Machine tu. saya tengok dekat luar. kut-kut la ada Neelofa lalu lalang sambil membuat isyarat tangan menyuruh saya menelefon beliau sambil tangan lagi sebelah melambai-lambai dekat saya.
Tiba-tiba mata saya terarah dekat satu sudut kaki lima dekat luar pintu bank.
''eh sejak bila ada mak cik yang tercegat dekat luar pintu bank ni?'' bisik hati saya dekat telinga belah kanan saya.
Mak cik tu tunggu dengan penuh pengharapan mana tahu kut ada orang yang nak hulur duit dekat dalam bekas yang di jaga erat oleh beliau. sambil ditemani oleh dua orang anaknya. sorang perempuan dan sorang lagi lelaki. hat si anak lelaki dah terlentok nak tidur dekat atas lantai. kesian.
Dekat bekas duit tu terpampang 'derma untuk bantuan rawatan barah payu dara'. saya tak tahu sama ada mak cik tu penghidap barah atau sebaliknya. tapi hati saya kuat cakap yang mak cik tu menderita menghidap barah. maybe at early stage and she desperately need some money to pay for her treatment.
Allah knows well niat orang. tapi jangan sesekali bersangka buruk dengan orang. fikir positif. mungkin mak cik tu rasa dengan meminta derma (saya rasa macam tak sesuai untuk guna ayat mengemis atau meminta sedekah) mungkin ada insan yang mahu menghulurkan sumbangan.
Sorang-sorang keluar dari bank. saya perhatikan gelagat mereka. tiada siapa yang peduli. kalau ada seorang dua. by the way that mak cik is a muslim and malay. bila kita dah ada ilmu perubatan you will know that breast cancer can cause fatality if we don't treat them at early stage. saya jadi terkedu kejap.
Fikiran saya dah melayang jauh.
Anak-anak makcik tu kecik lagi. saya rasa adalah dalam peringkat sekolah rendah. what if mak cik tu. . . . .? siapa yang nak jaga anak-anak dia? I don't see their father at that time. mungkin mencari rezeki agaknya untuk menampung kos perubatan. baik sangka. tapi what if diorang tak berayah? Ajal maut tangan Allah.
Siapa yang nak jaga? anak-anak yang baru nak mengenal kehidupan. belum matang untuk beza antara baik dan buruk?
Betul orang cakap. orang lain tak rasa apa yang kita rasa. bila dah kena batang hidung sendiri baru dia tahu.
Kadang-kadang rezeki yang Allah kurniakan pada kita. bukan 100% milik kita. dalam rezeki kita ada rezeki untuk hamba-Nya yang lain. cumanya Allah salurkan rezeki mereka itu melalui kita. ringan-ringankan lah tangan menghulur pada yang memerlukan. moga insyaAllah diringankan hisab di akhirat sana.
Allah uji hamba-Nya kerana Allah tahu ada diantara hamba-Nya mampu menerima ujian dari-Nya.
kbai.
p/s: Makin lama makin sibuk!