Followers

Sunday, 22 April 2012

Entah apa-apa entah.

Assalamualaikum.

 Suara Najwa Latif mendendangkan lagu Sahabat berkumandang di celahan speaker laptop tak kala aku masih lagi terkial-kial memikirkan apa sebenarnya yang aku mahu menaip. heh!

  Dalam tak sedar jari-jari aku yang tak berapa nak runcing ni (jari jantan uolls runcing ke? haha) menari-nari shuffle di atas papan keyboard menekan punat-punat huruf satu demi satu.

 Nota-nota Drugs Delivery System yang disediakan oleh Mr. Ahmad Mustafa Eid dan Prof. Salama (keduanya pensyarah dari Mesir) berselerakkan di atas lantai ruang tamu rumah, ada sesekali terselak helaian nota ditiup dek angin kipas.

  Tibi (baca televisyen) tak habis-habis dengan drama kesyaitonan dan kepuakaan spesis hantu yang entah apa-apa sementara watak tok imam hanyalah sekadar menghalau syaiton-syaiton durjana.

  Jadi apa sebenarnya yang aku mahu menaip?

 Haru.

 Dah lama jugak blog ni tak berentri. bukan malas. cuma tak berapa nak rajin. nak kata blog bersawang celah mana pulak ada labah-labah tarantula buat sarang beranak pinak dalam blog ni. ahaaa~

 Aku fobia dengan labah-labah. termasuk cik riang-riang dan segala jenis serangga.

 Lipas? ngaaah. kalau lipas tu dah terbang ke hulu hilir dalam rumah macam lah kau orang berani sangat. kahkahkah. den pun goli goleman!

 Sambil memberi kucupan good night kiss di dahi sekor-sekor kucing aku masuk tidur. maklumlah esok sekolah kena bangun awal. ceh! apa kaitan? haha. 

 Nasib aku tengah cuti pertengahan semester. cuti pun bukannya kau boleh rilek-rilek mengadap pesbuk hatta menonton tibi sambil mengunyah-nguyah biskut petak segi cicah ayaq milo 24/7 pun. 

 Lab report lah. assingment untuk presentation lah. study untuk upcoming test lagi.

 Tapi bila fikir-fikir balik. ingat senang ke aku nak sampai ke tahap macam sekarang ni (Ijazah Sarjana Muda Farmasi dengan kepujian).

  Pejam celik tinggal lagi dua tahun nak graduasi. 

 Kalau tak kerana berhempas pulas masa dekat matrik dulu. tak adalah nak merasa biasiswa tajaan JPA. kadang-kadang kesian jugak dekat kawan-kawan yang guna duit PTPTN. bukannya semua mampu nak menanggung kos pembayaran yuran mahupun kos perbelanjaan sendiri. nak atau tak terpaksa lah pinjam.

 Cuma pembayaran faedah tu yang patut di fikirkan semula. ibarat aku pinjam duit kau orang sepuluh ringgit. tapi kau orang suruh aku bayar lima puluh ringgit. nak berulat perut try lah amalkan makan duit riba.

 Tapi bila dah pinjam kenalah bayar balik. 

 Apa hal pulak cerita pasal PTPTN ni. ahah!

 Jarangkan aku nak cerita pasal diri aku sendiri dekat blog sendiri? haha. nanti-nantilah aku cerita macam mana aku boleh berminat dalam bidang farmasi. itu pun kalau ada yang nak baca.

pharmacist to be! insyaAllah


 Macam lah ada orang nak baca. perasaan lebih!

 Kbai. :3


Azmeer Ahmad Shahruddin