Assalamualaikum.
Cuba korang gambarkan, korang sedang berjalan bersendirian ditengah hutan rimba.
Tengah leka berjalan tiba-tiba muncul sang harimau yang sangat garang.
Lalu korang lari selaju-lajunya untuk melepaskan diri dari pada harimau yang garang tu.
Semasa sedang berlari korang ternampak sebuah perigi lama.
Dan korang mengambil keputusan untuk terjun ke dalam perigi lama tersebut.
Berpautkan dengan sebuah tali korang terselamat dari gangguan harimau yang garang tu, tapi masih belum selamat dari seekor ular yang berbisa yang setia menunggu korang di dasar perigi lama dan dalam masa yang sama terdapat dua ekor tikus putih dan hitam cuba untuk mengigit tali yang menjadi tempat korang berpaut untuk menyelamatkan diri.
Di dalam perigi lama itu juga terdapat sebuah sarang lebah yang banyak hasil madunya.
Jadi korang mengambil keputusan untuk merasai kemanisan madu lebah tersebut sehingga korang terlupa akan harimau yang sangat garang yang sedang menunggu anda di luar perigi, ular berbisa yang sentiasa menunggu anda di dasar perigi dan juga dua ekor tikus yang cuba untuk memutuskan tali pautan korang.
Sebenarnya harimau yang mengejar korang itu adalah kematian, ular yang sedang menuggu korang di dasar perigi itu adalah kubur tempat bakal kita semua dikebumikan, dua ekor tikus putih dan hitam itu adalah siang dan malam, tali yang korang pautkan itu sebenarnya adalah kehidupan kita dan madu yang korang rasa itu adalah dunia.
Bila kita lalai dengan urusan dunia kita, kita lupa dengan kehidupan kita yang semakin lanjut usia saling berganti hari siang dan malam. sebab kita tak sedar bahawa kematian sedang menunggu kita sampai masa kita semua akan dikebumikan di dalam kubur sendiri lagi tiada berteman.
p/s: ini sebenarnya merupakan kisah yang diceritakan oleh imam Ghazali rahimullah :)