Followers

Wednesday, 16 October 2013

Mencari hidup yang sempurna.

Assalamualaikum.

Kita selalu fikir ada manusia yang lebih baik daripada kita yang sempurna dari segenap sudut.

Kita selalu sangka yang nasib diri ini tidaklah secerah dan sebagus orang lain.

Bila terlalu kecewa kita terus menyalahkan takdir 'kenapalah nasib aku macam ni?', 'kan bagus aku jadi macam dia semua benda dia minta mesti dapat'.

Menyalahkan takdir ibarat menyalahkan tuhan. Aku percaya tuhan itu maha adil. Manusia suka mencari kesempurnaan tetapi hakikatnya makin dicari kesempurnaan makin dia sedar yang kesempurnaan itu hanya milik tuhan.

Kita tak boleh jadi sempurna secara keseluruhannya.

Ada yang kaya tetapi sakit.

Ada yang kaya, sihat tetapi tiada masa.

Ada yang kaya, sihat serta punya masa tetapi jauh dari agama.

Ada yang beragama perasan sempurna tetapi stereotaip dengan manusia yang jauh dari kasih sayang tuhan.

Ada yang jahil tetapi tidak putus-putus mencari jalan menuju tuhan.

Ada yang sangka dirinya sempurna tetapi lupa untuk bersyukur.

Kalau mahu sempurna, sempurna yang bagaimana? sempurna pada kemewahan atau pada agama yang kamu miliki?

Cari kesempurnaan hidup pada agama insyaAllah akan sedar akan diri kamu tentang kesempurnaan hidup didunia ini tidak bermakna jika tidak mengenal tuhan.

Azmeer Ahmad Shahruddin