Tinggal dua hari lagi nak repeat dengan singa kacuk tu. aku tak nak mengulas tentang persiapan skuad negara. diorang tahu peranan diorang.
Aku dengar cerita daripada 2,000 tiket yang FAM bagi dekat persatuan bolasepak Singapura (FAS) setakat info yang aku tahu tak sampai 500 pun yang terjual. ah! peduli apa aku. bagi aku game hari khamis ni penentu perjalanan skuad Harimau Malaya untuk melangkah ke pusingan seterusnya.
Alang-alang dah baham bangau takkan singa depan mata nak tengok je kot? ahah! kalau boleh biar singa tu jadi bangkai. lepas tu berulat. lepas berulat dia reput. lepas reput apa aku peduli. haha!.
* * * * * * * * * *
nak tahu something?
"I'm always ready for my national team,the only problem I foresees at Bukit Jalil is the..noise."-Izwan
Mahbud, Singapore GK.
Belum apa-apa dia dah gerun. lutut dah ketaq habaq hang! ahah! belum cecah padang lagi tu. nampak tak permainan dia dekat sini? maksud aku betapa pentingnya peranan
Sekarang ni apa lagi alasan untuk tidak ke stadium? jarak? masa? itu bukan alasan. bila kecintaan kita melebihi segalanya itu tidak mustahil! sanggup berhabis ratusan ringgit untuk kelab kapitalis barat yang tercinta takkan dengan negara sendiri nak pun nak berkira?
Tak payah nak junjung senjata untuk berpatriotik. tak payah nak bermandi darah untuk berpatriotik. sarung baju, bawak mafla, datang stadium!
Kalau saudara kita boleh menitiskan air mata kerana sayangkan negara. kenapa tidak kita? Air mata seorang lelaki bukannya mudah untuk dititiskan!
credit: Honey IsyiQi |
Aku harap 28hb ni ramai yang penuhkan stadium. tapi takkan datang tengok je kan? ayuh sumbangkan suara berpadu tenaga untuk menaikan moral pemain kita! Singapura dibunuh saja!
Ada seekor harimau. Harimau Malaya diberi nama. ekornya bukan satu tapi seribu. ya itulah Harimau Malaya! harimau berekor seribu! nak tahu kisah disebalik gambar? klik sini
Ultras Malaya ekor Harimau Malaya. Tanah Tumpahnya Darahku!
p/s : aku menulis atas rasa cintaku terhadap bolasepak tanah air.sekian.