Assalamualaikum.
Aku rasa dah jadi sebahagian hidup orang. benda pertama yang dia buat bila bangun tido. login pesbuk usha notification. kadang-kadang satu notification pun takda. sedih. tapi tak semua orang macam tu. untung nasib dapat friend request dari adik manees. ahhh naice!
* * * * * * * * * *
Tapi lebih baik permulaan pagi tu dibekalkan dengan peringatan tentang permainan duniawi. macam pesanan daripada ustaz Zaharuddin ni.
''Janganlah beralasan bahawa 'terlalu cintakan' pasangan 'jahat' yang belum halal bagimu ,'terlalu sayangkan dia' sehingga tidak mampu untuk berenggang & putus darinya. Semua itu hanyalah nafsu, bukan cinta dan sayang yang suci, ia adalah 'ibarat cinta dan sayang seorang penagih dadah kepada dadah' sehingga sukar berpisah darinya. Memang sukar, namun perlukan azam kuat dan menempuh tembok syaitan dan nafsu yang besar'' - ustaz Zaharuddin
Baca. fahamkan. dan difikirkan.
Betul cakap ustaz. akhir zaman macam ni kemain peel orang yang bercinta. kadang-kadang aku hairan dengan perempuan yang kapel tiga empat kali ni. ada ke? mesti ada punya. kenapa perempuan? kenapa tak sebut lelaki?
Cikgu Zainuddin, cikgu BM aku masa tingkatan tiga pernah cakap macam ni dekat kitorang sekelas.
''Saya tak hairan sangat kalau anak saya ni bercinta. sebab dia lelaki kalau dia kena raba pun apa adahal.'' - cikgu Zainuddin ataupun pak Din panggilan mesra yang diberikan oleh budak-budak sekolah aku. lebih kurang macam tu lah pak Din cakap. ayat pak Din yang paling femes yang aku ingat sampai sekarang.
''Rindu semakin menebal'' -ayat sarkastik. dalam makna dia. itupun kalau ada orang yang paham. ahah!
Pak Din ni merangkap cikgu disiplin HEP. bukan main garang tapi baik. pernah sekali aku kena penampar. sebab? takda sebab pun. dem! suka hati betul! nasib baik beliau ada doakan aku jadi kaya bila besar nanti. kira settle lah pak Din kan?
Sebab tu aku tak hairan sangat pasal lelaki. aku pun lelaki. ni soal maruah kaum hawa. mula-mula bercinta kemain sayang. cuit sana cuit sini. cuit? poke lah. lepas tu? faham-faham sendirilah. dah putus kemain benci, menyampah, meluat dengan lelaki. konon-konon dah tak percaya dengan lelaki. tup-tup kapel dengan lelaki lain. macam bebi! ahah! *terlebih sudah.
* * * * * * * * * *
Masuk ni dah nak dekat tiga minggu aku tak cas phone. semalam baru cas. ni kes nak tengok game Malaysia lah khamis ni. nak roger kawan gerak sekali pergi stadium. nak ikut?
Dalam tiga minggu aku off phone. aku ingat banyaklah mesej dalam inbox. haram sorang pun tak sudi nak mesej. tapi ada satu.
''Siapa yg ganggu Hani mlm2 ni? Nak tahu? Jom kenali gadis bernama Hani dgn catatan diarinya yg menarik. Htr ON DSG ke 22228. RM1/mggu.'' RM 1 seminggu? sangkak murah.