Dua tahun lepas punya cerita. masa guwa belajar dekat matrik. entah macam mana guwa boleh teringat cerita ni.
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan |
Hari Jumaat yang guwa paling ingati sampai bila-bila. percayalah. Guwa rasa entri guwa ni panjang sebab benda yang berlaku dekat guwa ni berlaku dalam satu hari. guwa cuba bahagikan kepada beberapa bahagian. guwa pun tak penat menaip. lu orang pun senang nak baca nanti. ada ke orang nak baca? kah kah kah. lu ni syok sendiri la mamat.
* * * * * * * * * *
Kelas guwa hari ni habis takat pukul 12 tengahari je. esok dah puasa. ramai kawan-kawan guwa yang balik minggu ni. termasuk guwa sekali. siapa taknak bukak puasa sekali dengan mak abah. 1 Ramadhan pulak tu.
Selesai menunaikan solat Jumaat dekat masjid. kepala guwa ni dah teringatkan rumah. ada lah dalam 2 ke 3 minggu guwa tak balik rumah. pernah guwa bagi tahu hasrat guwa dekat puan emak menerusi henpon;
''mak, abang ingat nak balik la minggu ni''-cakap guwa dekat puan emak.
''nak balik ka? balik minggu depan ja lah. minggu depan kan puasa?''-balas puan emak. pfttt. minggu depan? boleh lah.
* * * * * * * * * *
Dah lama guwa tunggu. dua minggu bai! mana boleh tahan. sambil berjalan memasuki perkarangan kolej. guwa terserempak dengan membe baik guwa, Arep.
perkarangan kolej |
''eh, Meer!''-sapa Arep. sambil menghulurkan tangan.
''eh eh, Arep lah! haha''-balas guwa. sapaan beliau guwa balas dengan senyuman. guwa ni pemurah dengan senyuman. kah kah kah.
Jarang guwa nampak Arep. maklumlah beliau budak sains fizikal. guwa pulak budak sains hayat. memang susah nak terserempak waktu kuliah. sambil menuju ke blok asrama masing-masing. tak putus-putus guwa dengan Arep bersembang. sembang kencang. cang! cang! cang! ahah!
''Meer, kau balik tak minggu ni?''-tanya Arep dekat guwa.
''aku balik minggu ni. 2 minggu tak balik kot. kau balik tak?''-balas guwa sambil bertanyakan hal yang serupa.
''aku ingat nak baliklah. esok kan dah puasa. kau balik naik abah kau ye?''-jelas Arep.
''naik abah aku? ingat abah aku transport ke nak naik-naik bagai?. KTM sudah.''-jawab guwa. dah jadi kebiasaan guwa balik naik KTM. Kuala Pilah dengan Klang tu apa lah sangat. empat jam kalau naik train. itu pun kalau tak sesak dekat KL Central. kalau tak sesak lah. tapi semua tu harapan palsu. macam haram.
''kau balik sorang ke?''-tanya Arep lagi.
''a'ah sorang. leceh lah nak balik ramai-ramai ni''-jawab guwa. bukan apa guwa malas nak melencong tak tentu hala. guwa kejar masa bai. kejar masa? masa boleh kejar ke?
''ermm. weh aku balik dengan kau sekali weh. boleh tak? aku nak balik lah''-cakap Arep dekat guwa. tak pernah-pernah Arep nak balik dengan guwa. selalunya mak abah dia yang tolong jemputkan. inilah titik permulaan kepada cerita guwa. dah panjang membebel baru nak bercerita? cilaka.
''eh? kau biar betul Rep. kau ok tak ni? aku risaulah''-balas guwa dengan penuh kerisauan terhadap Arep.
''jangan risau aku ok lah.''-jawab Arep. cuba meyakinkan guwa.
''ermm. boleh lah. kau pergi bersiap cepat''-arah guwa dekat Arep. perbualan kami berhenti dekat situ. Arep terus masuk ke blok asrama beliau, B4.
Guwa pulak terpaksa cekalkan hati menaiki anak tangga satu per satu dengan penuh penderitaan. tak ubah macam tangga Batu Caves. baru boleh sampai ke blok asrama guwa, B5. macam bebi!
blok B4 -dari pandangan blok B5 |
* * * * * * * * *
Pintu bilik asrama guwa tak pernah berkunci. dasar bilik haram!. samalah macam bilik depan guwa. dua-dua bilik haram!. kah kah kah! nanti lah guwa cerita. ada cerita di sebalik bilik asrama yang guwa diami sepanjang pembelajaran guwa dekat matrik dulu.
Roomate guwa, Nasha dengan Zarul batang hidung pun tak nampak. dah balik agaknya. yang tinggal cuma Fithrie membe depan bilik guwa. dia sorang je yang tak balik. Negeri Sembilan dengan Penang. jauh bai. tak berbaloi kalau nak balik dua hari. kesian Fith. haih.
Agak-agak dah kacak guwa terus capai barang yang guwa dah pack termasuk beg laptop guwa. kalau hilang laptop guwa. takde lah lu orang boleh baca entri guwa ni. ade ke orang nak baca? kah kah kah. perasan la lu mamat!. guwa pun terus blah meninggalkan bilik guwa dan Fith yang tengah keseorangan tu. [bersambung]