Baru je habis Malaysia menentang Singapura tadi. hajat tak kesampaian nak tengok Harimau baham Singa. itu Harimau sudah simpan dia punya sengat sebab dia sudah penat! ahah. aku tak tahu nak bagi alasan apa sebab aku bukan coach. ahah! 5 - 3 Harimau Malaya kena tiaw dengan Singa Kacuk ni. haih.Singa Kacuk? bukan Merlion ke? separuh singa separuh mermaid? kira kacuk lah jugak.ahaha.
Apalah nak dibanggakan sangat dengan 5 gol hasil jaringan pemain yang di beri kerakyatan Singapura.
''Ala. lu sudah kalah lu manyak munyi meh?. . .mau bikin alasan player import ka? tui'' - En. Tiaw dari Woodlands,Singapura.
Memang lah Harimau Malaya sudah kalah ini baru first league ma. .ada lagi second league apa wa nak heran. import tetap import la. sebab darah dia bukan Singapura ma. lu tengok wa punya Harimau Malaya. darah kami bersatu padunye pun adui. wa bangga sebab 100% made in Malaysia bukan 100% made in China. ahah! apa pasat wa cakap ini sleng? haiyoh!
''habis takkan rumput sintetik pula yang jadi alasan saudara sebab Malaysia kalah dengan negara kami? Majulah Singapura!'' - En. Abdul Latep Dol dari Geylang,Singapura.
Saudara kena faham Harimau Malaya tak cecah tanah pun main tadi. saudara kena sedar Harimau Malaya kami berpijak di bumi yang nyata. rumputnya subur dari rahmat tuhan. mana mungkin Harimau kami boleh berkejaran dengan sang Singa di atas rumput plastik itu.
''hoh! emangnya lu enggak sadarin lagi dong. Harimau lu sudah mampus! Garuda di dadaku'' -Bang Toyyib dari Surabaya,Indonesia.
eh?? ni apehal boleh sesat ni? mampus waklu! bak meh sini permit ko?
''ampun mas ampun. maafin aku dong maafin. gue permisi dulu ya''
haa.tau takut.keh3.
* * * * * * * * * *
Perlawanan belum tamat lagi.kita masih ada 90 minit. kita kena fikir dari sudut positif macam tadi Harimau Malaya ketinggalan 4-1 tapi mentaliti penyokong? bukan main lagi cemuh keeper dengan defender. aku pun tengok tadi. tapi takkan la asyik nak kutuk dengan kondem je aku pun boleh buat kalau nak. contoh macam Apek (Khairul Fahmi) time dia dalam top performance je kena sanjung lepas tu time dia tengah drop masa lawan Liverpool dulu bukan main lagi kutuk. haih.
Kalau kita gelisah tengok persembahan diorang tadi percayalah 23 pemain dengan barisan jurulatih tu lagi la. sebab diorang yang kena tangani situasi macam ni. tanggungjawab dan harapan rakyat Malaysia dekat bahu diorang. bukannya dekat abang kakak yang maki hamun player sebab dia buat kesalahan.
Daripada 4-1 boleh jadi 4-3 kalau diikutkan mental player boleh gila bai bila kena 4-1. tapi Harimau Malaya kita rilek je diorang tak gelabah. sikap positif diorang ni yang kita patut contohi. selagi ada peluang dan ruang selagi tu kita kena berusaha.
Macam AFF Suzuki Cup tahun lepas. Harimau Malaya kena tiaw dengan Garuda 5 - 1 dalam peringkat kumpulan. tau-tau dah jadi cempiyen. sebab apa? sebab sikap positif diorang. macam sukan SEA dekat Laos 2009, diorang kalah dengan Vietnam 3-1 jugak dalam peringkat kumpulan.tapi last-last kita berjaya dapat gold medal. sebab apa? sebab sikap positif tu jugaklah. kann? :)
Kalah 5-3 tu sikit punya hal lah Argentina dengan Brazil pun boleh kalah dalam Copa America.apa ada hal.
28hb ni sang Singa bakal berkunjung ke Bukit Jalil. dia kena sedar Malaysia ni bukan hutan batu. rumput Malaysia ni bukan macam rumput dekat sana hidup segan mati tak mahu.
Jadilah penyokong yang sentiasa ada dekat belakang Harimau Malaya walau Harimau tu tersungkur teruk macam mana sekalipun dan jangan jadi penyokong lalang. tahu tak penyokong lalang tu macam mana? dia ikut arahan angin je bila ke kiri dia pun ke kiri bila ke kanan ke kanan lah.
Ah. panjang pulak aku mengarut ni. apa-apa pun 28hb ni dekat Bukit Jalil datang lah ramai-ramai takat sembang kencang dalam pesbuk tu aku pun boleh. ahah! nak jadi cempiyen kita kena kenal erti kekalahan sebab itu jam baru kita tau apa tu erti penyesalan.
Kepada sang Singa.WELCOME TO THE TIGERS DEN!
credit: Gugel |
Ultras Malaya, Ekor Harimau Malaya.
Salam satu jiwa. Tanah Tumpahnya Darahku!
p/s: entri ni aku tulis atas tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan Harimau Malaya. ada yang sentap? aku minta maaf. kalau masih lagi nak sentap cuba skrol dekat tepi tu.
ada undang-undang. :)