Followers

Tuesday, 26 July 2011

Sinopsis | Ramadan Terakhir

Assalamualaikum.

 Dekat tibi malam tadi ada drama baru. mula-mula gua tak amik port sangat. kemain pulak gua tengok adik gua sorang ni ngadap tibi.

''Na. .ko tengok cerita apa tu?'' - tanya gua. tapi takda respon. haih

 Dari jauh gua jenguk-jenguk je tibi tu. ''cerita apa yang budak tu tengok?'' - cakap gua dekat hati gua. gua terus temankan adik gua yang tengah ngadap tibi sorang-sorang. gua kan abang mithali.

''Kau tengok cerita apa Na? - soal gua sekali lagi.

''Entah. .'' -jawab adik gua, Nana.

 Tak banyak soal. gua pun layankan cerita dekat tibi tu. sampai satu part si bini kemain mengamuk dekat suami beliau. dia punya tengking bukan main dasat lagi. yang si suami tak melawan pun. ahah! takut bini ke? kalau dengan gua dah lama makan penampar. gua bukan boleh orang tengking-tengking gua bila gua cakap elok-elok dengan orang. walau hakikatnya gua bukan macam tu. tapi setiap kesabaran ada batasnya. gaduh pasal gunting je pun. alahai. macam gampang!

 Lama sikit lepas tu baru gua tahu tajuk cerita ni. Ramadan Terakhir. time dah nak habis. ada satu part bila mana orang gaji baru ni (Sakinah nama beliau) diperkenalkan dekat si suami tadi merangkap tuan punya rumah. reaksi gua?

''Pehhhhhhhhhhhhhhhhhhh! . . . . '' -belum sempat gua berkata-kata. cerita tu bersambung minggu depan. cilaka.

Sakinah
 Adik manees! kalau orang gaji macam ni gua pun tak tolak. dah lah santek bertudung pulak tu. gua dah nampak calon menantu puan emak. ahah!

                                                          * * * * * * * * * 


 Sinopsis Ramadan Terakhir Hisham seorang usahawan yang berjaya dan juga seorang suami yang bertekad untuk memperbetulkan semula haluan hidup yang telah tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hayatnya. beliau juga disahkan mengidap penyakit HIV.

 Manakala isterinya Mazni memandang sinis suaminya sering leka dibuai keseronokan yang diselubungi dengan dosa dan noda. anaknya Daniel juga turut hanyut. Hisham bertekad untuk memulihkan kembali akidah keluarganya.

Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk berhenti kerja. Kekosongan itu pula bakal di isi oleh Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?

 Para pelakon - Esma Daniel, Fazlina Ahmad , Tasha Shilla,  Aeril Zafril, Anzalna Nasir, Eyka Farhana (Juvana) dan ramai lagi.

Eyka Farhana

                                                       * * * * * * * * * *

 Betul cakap orang pandangan mata selalu menipu. dan gua terus di tipu. haih. nama pun berlakon.

 Tasha Shilla
 Kansel lah!

Azmeer Ahmad Shahruddin