Followers

Wednesday, 27 July 2011

Ulat yang memperdagangkan negara

Assalamualaikum.

 Pernah dengar lagu serangga pilihan? klik sini. tak ada satu pun daripada serangga pilihan tu bergelar ulat.
kenapa? ulat tak layak jadi serangga pilihan! dan tak akan pernah layak!

credit: Gugel

 Tapi ada sejenis ulat ni lagi busuk daripada ulat sampah dan lagi jijik daripada ulat yang mengerumuni bangkai, ulat yang memperdagangkan negara untuk kepentingan sendiri!. memang cilaka.

 Gua sendiri pun tak faham. kenapa ulat jenis macam ni perlu ada. sanggup mengetepikan hak orang lain semata-mata untuk mengaut untung. tak ubah macam kapitalis barat! jajah negara orang habis semua dieksploitasikannya. hati busuk!

 Sumpah gua geram dengan segelintir manusia yang bermentaliti hasad dengki macam ni dengan menidakkan  harapan warga Malaysia yang lain dalam usaha memberi sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang 90 minit perlawanan.

credit: Gugel

 Ulat macam ni tak ubah macam pengkhianat negara. terus terang gua cakap. tiket free seater boleh cecah RM 100 walhal hanya berharga RM30. jadah apa? sama-sama nak sokong negara sendiri der! kenapa perlu macam ni?

 Rezeki Allah s.w.t ni luas percayalah cakap gua. tapi apa golongan ulat macam ni nak heran. sebab satu-satunya harapan rakyat untuk melaungkan sokongan terletak di tangan mereka. harga yang mahal perlu dibayar demi sebuah perjuangan yang ikhlas. macam haram!

 Dengan negara sendiri boleh kau buat macam ni? sedih lah kau ni. ramai yang kecewa sebab tak dapat tiket. termasuk gua. tapi gua redha dah bukan rezeki. walau jasad tak dapat bersama dengan 85k di SNBJ trust me Malaysia belongs to us!

                                                       * * *  * *  * * * * * * *

 Untuk si ulat tiket, kau dah boleh simpan tiket yang kau dah bolot tu. jangan ingat kau boleh beli maruah seorang penyokong yang jiwa dan hatinya selamanya HARIMAU MALAYA!

 Tapi dalam banyak-banyak serangga pilihan. HARIMAU MALAYA serangga pilihan gua! Singa kacuk di bunuh saja!

credit: Malaya Tigers


p/s: selagi esok masih ada. selagi tu kami nekad mencari tiket. demi sebuah perjuangan. DEMI MALAYSIA! rezeki Allah siapa yang sangka. 
Azmeer Ahmad Shahruddin