Followers

Sunday, 7 August 2011

Aku dan pengering rambut

Assalamualaikum.

 Pagi tadi aku bangun dalam keadaan separuh sedar (padahal membuta sampai ke tengahari tak sedar-sedar). aku pun bangun dan terus mencari-cari tuala. setelah berjaya menjumpai tuala aku terus masuk ke dalam bilik mandi. di dalam bilik mandi aku menatap wajahku berulang kali di depan cermin. aku rasa sangat kacak.

 Sambil membelek-belek muka aku mendapati ada dua tompokan kecil di sebelah kanan pipiku. oh! jerawat rupanya. setelah dua bulan lebih berada di rumah baru sekarang jerawat itu mahu menge'show off'kan dirinya. jerawat itu sangat jahat dan aku tidak suka akan kepadanya.

 Malangnya pencuci muka aku telah lama habis beberapa bulan dahulu. sudah jatuh ditimpa tangga hajat untuk aku mencuci muka dengan menggunakan pencuci muka kepunyaan puan emak juga tidak kesampaian ini kerana pencuci muka Safi Rania Gold puan emak turut habis dikerjakan oleh aku beberapa minggu yang lalu. 

 Aku rasa puan emak tak sedar akan hal itu. ha ha ha gelak aku dengan riang sekali.

 Selepas mandi aku mengesat-ngesatkan rambut aku dengan tuala tadi. rambut aku sudah panjang. hampir 3 bulan aku tidak berjumpa dengan incik pengunting rambut. tapi aku suka dengan rambut aku itu. rambut aku sangat seksi sekali bila ditiup angin. 

 Setelah selesai mengesatkan rambut. aku terus mencari pengering rambut. apabila aku menjumpai pengering rambut kesayangan puan emak yang berwarna merah itu. aku terus memasangkan plug pengering rambut itu.

 ''klak!'' bunyi punat pengering rambut itu menandakan suis 'on' telah ditekan oleh aku.

 ''klak!'' sekali lagi aku telah menekan punat pengering rambut tersebut. kali ini pengering rambut itu dalam 'hot' mode. angin yang keluar dari pengering rambut itu sangat panas. serta merta pengering rambut itu aku halakan ke arah rambut aku.

 ''ah! panas! panas!'' rambut aku menjerit-jerit kepanasan. tanpa menghiraukan kepanasan itu. pengering rambut tadi aku halakan ke serata bahagian kepala aku. sekali sekala aku betulkan rambut aku dengan menggunakan jari. padan muka kau rambut. kah kah kah gelak aku dengan zalim sekali.

 ''ah! panaslah kau faham tak?'' rambut aku memarahi aku dan aku sangat takut.

 ''klak!''  aku tekan punat pengering rambut kepunyaan puan emak supaya berada dalam 'cold' mode. angin yang keluar dari pengering rambut itu sangat sejuk. ok part ni aku tipu. angin itu berada ditengah-tengah. tidak panas dan tidak sejuk.

 ''ahh. lega sikit. thanks doh!'' cakap rambut aku sambil menepuk-nepuk bahu aku.

 Hampir sepuluh minit aku mengeringkan rambut. aku sudah berasa bosan. sampai bosan pun aku boleh rasa. akhirnya aku terus mencabut plug pengering rambut itu.

 ''sakitlah! tak boleh cabut slow-slow ke? kenapa nak rushing sangat? tak hormat langsung!'' pengering rambut itu menjerit kesakitan lalu memarahi aku. 

 Aku sangat takut dan terus berlari keluar daripada bilik. Aku sangat sedih sekali.

 ''huu huu'' aku menangis sebab dimarahi oleh pengering rambut itu. puan emak sangat menyayanginya. Aku tidak tahu tahun bilakah puan emak membeli pengering rambut itu. 

 Adakah aku sebaya dengan pengering rambut itu ataupun kembar yang terpisah lalu disumpah menjadi pengering rambut? aku sendiri tidak tahu akan hal itu lalu aku menggeleng-gelengkan kepala aku.

 Pernah sekali aku cuba menjahamkan pengering rambut itu. tetapi dihalang oleh puan emak dan aku sangat-sangat sedih pada masa itu.

 Aku tidak tahu untuk mengadukan hal ini kepada sesiapa. aku terus membuka incik laptop lalui menaipnya. maka terhasilah satu entri.

 ''ha ha ha'' gelak aku dengan senang hati.

 k.bai

p/s: bila guwa tanya balik dekat puan emak. puan emak cakap pengering rambut tu dah ada sebelum adik guwa yang nombor tiga lahir. 18 tahun? di akhir perbualan puan emak cakap ''nak guna barang tu biarlah cermat baru tahan lama'.' baik mak.


Azmeer Ahmad Shahruddin