Assalamualaikum.
Bersama saya Ramdan Jantan dalam rancangan Ketuk-Ketuk Ramdan. rancangan masakan untuk tatapan anda sepanjang bulan Ramadhan.
ketuk-ketuk! ketuk-ketuk! ketuk-ketuk! kahkahkah.
Baiklah hari ni Ramdan nak ajar lu orang buat kuih untuk dijadikan juadah berbuka nanti. kuih? kuih apa?
kuih muih. kahkahkah.
1.kuih Tepung Pelita.
Tepung Pelita |
bahan-bahan: tepung & pelita
cara-cara membuat: terus masukan tepung tadi ke dalam pelita. warna pelita bergantung dengan citarasa lu orang. mau hijau ka? biru ka? merah ka?. dah siap! tak sampai seminit pun dah boleh makan. cepat kan? kahkahkah.
ketuk-ketuk! ketuk-ketuk! kahkahkah.
2.kuih Badak Berendam.
badak berendam |
bahan-bahan: seekor badak bersaiz s & kolam mandi.
cara-cara membuat: humbankan badak tersebut ke dalam kolam. mesti kena ada bunyi 'gedebush' kalau tak. tak jadi kuih badak berendam kita nanti. rendamkan semalaman. agak-agak badak tadi dah kecut. toskan binatang tu dan terus boleh dihidangkan bersama air sirap. nak letak mayonis pun boleh.
badak dah kecut. tiut tanggat. |
jenis badak pulak bergantung kepada tekak masing-masing. sama ada badak sumbu, badak air ataupun badak sumatra. pekak badak? itu bukan badak itu penyakit. kesian lah lu badak. dah lah badak pekak pulak tu.
ketuk-ketuk! ketuk-ketuk!
3.kuih Cek Mek Molek.
Cek Mek Molek |
bahan-bahan: dato M. Daud Kilau
cara-cara membuat: pelawa dato M. Daud Kilau masuk ke ruang dapur dalam rumah lu orang. cakap dekat beliau ''boleh tuju lagu?''. kalau boleh mintak beliau nyanyikan lagu Cek Mek Molek one song. kalau beliau tak nak. lu orang kena lah nyanyi sendiri. jadah apa menyanyi dekat dapur? sampai kesudah pun dapur tak berasap. kahkahkah.
Abam Daud. cubit-cubit sayam. |
tuk! tuk! tuk! *dah tak larat nak ketuk.
4.kuih Ketayap.
Ketayap |
bahan-bahan: ketayap
ketayap |
cara-cara membuat: ok. guwa tak tahu nak karang apa. #facepalm.
tuk! tuk!
Baiklah Ramdan pun dah malas nak main Ketuk-Ketuk lagi. kita jumpa dilain waktu dalam rancangan. Ketuk-Ketuk Ramdan!
ketuk-ketuk! ketuk-ketuk! kahkahkah.
p/s: mana diorang dapat nama untuk kuih ni pun guwa tak tahu. bukan nama jadi sandaran tapi rasa. aiceh!