Assalamualaikum.
Aku ni jarang menaip sebab kelseluruhan entri dalam blog ni aku ekspresikan dengan melukis. sebab kadang-kadang tak semua benda kita boleh jelaskan melalui penulisan. kan? doodling is fun actually! boleh latih minda untuk sentiasa berimaginasi.
Baru beberapa jam yang lepas aku ada bangkitkan isu followers dan hak berblogging, klik sini. tapi benda ni menjadi-jadi. kenapa aku cakap macam tu?
''follow u, follow me back ok.'' -selalu dapat komen macam ni bila korang ping blog? mesti punya kan? bagi aku benda macam ni perkara remeh. tapi kena ingat kudis yang kecil mampu menjadi luka dan luka itu bisa menjadi nanah.
Dunia blogging ni sebenarnya bukan terletak hanya kepada followers semata-mata. ikatan persahabatan jugak mampu terbina dalam kalangan bloggers. kan? macam kurang ajar bukan? terus minta di 'follow' lagi teruk siap spam link dekat post yang kita ping tadi.
Mungkin ada dalam kalangan bloggers sendiri berpendapat ''follow u, follow me back ok'' tak nampak pun celah mananya kurang ajar tu. memang betul. aku cuba beranalogi sikit mengenai perihal ni. analoginya begini bayangkan kita sebagai tuan rumah dan tetamu tersebut adalah individu yang membuat kenyataan di atas dekat post anda. (ping blog di Facebook). kenyataan di atas tak ubah macam ''hey aku dah datang rumah kau cepat datang rumah aku balik''. something wrong somewhere right?
Apa salahnya kalau bertegur sapa? itulah keunikan dunia blogging walaupun kita tak bersua muka secara berhadapan tak menjadi masalah kita untuk berkawan. sebab bloggers punya rangkaian dan komuniti tersendiri. jangan hanya terkejarkan followers tapi langsung tak timbul keinginan untuk menjalinkan persahabatan dengan bloggers lain.
''Aku tak nampak kepentingan berkawan dengan bloggers lain boleh menjamin aku dapat followers yang banyak?'' anonymous.
Memang betul berkawan dengan bloggers lain belum tentu menjamin followers kita beribu-raban macam yang kau expect. tapi sebenarnya tindakan macam tu hanya merugikan diri. kejar followers tapi hubungan dengan bloggers lain langsung diketepikan. tak perlulah sampai nak bercinta bagai. maksud aku bila terjebak dengan dunia blog ni buangkan mentaliti terlampau mengejar followers, populariti (disebabkan followers ramai) dan gilakan trafik.
Keep calm dan jalinkan hubungan persahabatan dengan bloggers lain. sikit pun kau tak rugi. kenapa? silap hari bulan kawan bloggers lu orang sendiri yang tolong pingkan blog lu orang. betul tak? tapi bila dia dah ikhlas berkawan sampai sanggup tolong pingkan blog jangan pulak ambil kesempatan. cilaka namanya. direct guwa cakap.
Ketepikan soal ''follow u, follow me back'' . sebab percayalah selagi sikap segelintir bloggers yang bermentaliti macam ni selagi tu benda ni akan berlaku continously.
Aku nak sentuh pasal isu followers ramai tapi kualiti entri entah apa-apa. kebanyakan bloggers mesti ada sikap macam ni kan? bila blogwalking je dekat blog certain bloggers mesti tengok jumlah followers dia dulu. kemudian cuba baca entri blog berkenaan.aku pernah mention benda ni dekat entri aku yang lepas.
Jangan sesekali pertikaikan jumlah followers certain bloggers yang mengamalkan konsep 'saya follow awak, awak follow saya balik'. sebab itu adalah effort diorang sendiri. sebab dekat sini mentaliti bloggers diambil kira. sama ada bloggers kejar followers atau followers kejar bloggers .
Bloggers kejar followers macam mana? macam ni lah ''follow u, follow me back'' . kita kena sedar walaupun segelintir mereka mengatakan bloggers macam ni gila followers sekurang-kurangnya diorang ada usaha nak meramaikan followers. betul tak? ke aku je memandai cakap macam ni? so jangan sesekali mempertikaikan cara mereka berblogging. analoginya mudah kenapa kita terlalu cemburukan orang yang kaya tapi kita sendiri tak mahu berusaha sebagaimana mereka berusaha? bila rasa tak puas hati ada dalam diri sebab tu lah muncul anon sana-sini. tak tentu pasal kondem blog bloggers seumpama ni. kan?
Macam mana pulak dengan followers yang kejar bloggers? blogger paling senang guwa nak jadikan contoh adalah Zackzukhairi. dalam hal ni ketepikan isu blogger yang ada paras rupa, model, artis ataupun blogger yang digosipkan dengan kontroversi diluar dunia blogger. kenapa Zackzukhairi? bagi aku dia adalah blogger yang asli. dia bermula dari bawah from zero to hero. dan aku rasa dia tak guna pun konsep macam bloggers kejar followers tu. nak kata blog serba-serbi cantik just guna template blogger je. habis macam mana berpuluh ribu followers kejar blog bro Zackzukhairi?
Dekat sinilah datangnya konsep keikhlasan berblogging. cuba tengok cara dia (Zackzukhairi) menulis. takda pulak guwa tengok beliau buat entri pasal tutorial, bloglist bagai. tapi mencanak je followers yang kejar dia. kan? mostly bloggers yang iri hati dengan bloggers jenis yang mengejar followers ni rata-rata tergolong dalam ''followers yang kejar bloggers'' . ke tak? ataupun bukan jenis macam yang aku sebutkan tadi? dalam maksud lain harap menunggu bulan jatuh ke riba. put your effort kalau nak dapat ramai followers yang betul-betul melekat dekat blog anda. sebab bagi aku followers yang kejar bloggers bukan sekadar followers semata-mata trust me!
Sebab tu aku lebih rela berdoodle daripada menaip entri-entri panjang macam ni. banyak sangat benda yang aku nak sentuh. kalau aku buat entri menaip, aku seronok merapu daripada nak serius. ade ke orang nak baca masalahnya? haha. berangan lebih la guwa ni.
Jadi kesimpulan daripada entri guwa yang entah apa-apa ni. pertama, dunia blogging bukanlah hanya terletak pada followers dan segala isi dalam blog itu sendiri. it's beyond than that. cuba berkawan dengan bloggers lain tak rugi pun. kalau rugi bagi aku alasan yang paling munasabah yang boleh menyangkal pendapat aku ni. silakan. aku open minded. kedua, jangan kita mempertikaikan bloggers yang kejar followers sebab itu adalah cara mereka nak mempromosikan blog dan juga cara mereka berblogging. mengkritik mereka tak ubah macam menafikan hak mereka untuk berblogging dan yang ketiga kalau kita jenis bloggers yang ternanti-nantikan followers mengejar anda. cuba lakukan sesuatu untuk mencapai matlamat tersebut. maksud aku effortkan diri. yes we can!
One more thing sebelum aku terlupa tiada istilah ''followers ramai tapi kualiti blog/entri atau semupanya tak ada''. (merujuk kepada golongan bloggers yang kejar followers). dalam dunia blogging tak ada peraturan khusus yang menyatakan sedemikian. siapa kita nak standardkan entri ataupun blog sesetengah bloggers? kalau ada jangan segan silu berkongsi dengan aku.
Aku tak berpihak kepada sesiapa dan aku cuba berlaku adil dalam menyampaikan pandangan aku. mana lah tahu ada pihak yang tak puas hati. kalau still nak buat onar dekat sebelah kanan sidebar ada 11 peraturan yang aku dah tulis since aku mula berblogging.
Demm! sebab tu aku tak suka nak menaip. keep calm and make friends from now. :)
k.bai
p/s: diam itu lebih baik. syhhhhh. . . . .