Assalamualaikum.
kredit: Gugel |
Tadi aku ada terbaca dekat blog Kucing Serius entri mengenai 9 Definisi Cinta. well bagi aku setiap insan di atas muka bumi ni mempunyai pandangan tersendiri mengenai definisi cinta. betul kan?
Kalau di 'google' kan perkataan 'cinta' tu sendiri dalam masa 0.14 saat sebanyak 70,100,000 pautan mengenai cinta boleh kita jumpa. larat ke nak baca satu-satu? definisi cinta tu sendiri sangat universal dan infiniti untuk dijelaskan. ada cinta yang berkait rapat dengan sang pencipta, ada cinta yang berkait rapat dengan baginda s.a.w (selawat dan salam ke atasnya), mahupun hubungan cinta yang terjalin sesama manusia.
Tapi apa yang aku pasti bila bercakap mengenai definisi cinta ia lebih berkait rapat dengan hubungan sesama manusia (hablul minna nas). antara lelaki dan perempuan yang sudah berumahtangga ataupun yang belum berkahwin.
Tapi betul ke cinta adalah cinta? atau cinta adalah nafsu?
Bagi aku cinta tu perasaan dan cinta jugak adalah fitrah manusia. kalau tak ada perasaan tak adalah cinta. memanglah. dan adalah tak normal bagi manusia untuk tidak mahu bercinta ataupun secara terang-terangan menolak. betul tak?
Secara faktanya kita memang tak boleh nak menolak cinta yang datang kepada kita. melawan fitrah namanya.
Tapi sejauh mana kebenaran cinta yang datang mengetuk pintu hati kita tu? adakah cuma menyinggah? merosak? ataupun terus kekal hingga ke akhir hayat?
Cinta yang menyinggah.
Pada pendapat aku cinta macam ni paling bersepah dan senang untuk dicari. pasangan yang terhegeh-hegeh mengejar cinta macam ni cuma sekadar nak mengisi kekosongan yang membelenggu diri je tak lebih daripada tu. cinta macam ni hadir pun disebabkan faktor persekitaran. faktor persekitaran? macam mana tu?
Sifat cemburu dan iri hati melihat pasangan lain yang sedang bercinta merupakan salah satu daripada faktor persekitaran tersebut. jangan tipu aku lah. mesti ada punya. betul tak? hati tu mesti rasa tak senang duduk bila tengok kawan bukan main mesra melayan karenah pasangan masing-masing walau cuma berbual kosong ataupun sekadar membalas pesanan ringkas dekat dalam henpon. kan? kalau betul kasi jatuh you punya kapala. keh3.
Diorang pun lebih kurang je. ada yang tak sampai sebulan bercinta dah putus. alasan dia? cepat bosanlah tak ada komitmenlah. lepas tu kemain cepat cari pengganti. tak lain tak bukan sebab nak isi kekosongan dalam hati lah tu.
Perangai macam haram.
Cinta yang merosak
Cinta jenis ni adalah cinta yang paling jijik dan keji yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata. matlamat cinta macam ni hanyalah untuk melempiaskan nafsu serakah masing-masing. jangan pulak babitkan hanya lelaki dalam isu macam ni. lelaki perempuan sama je. kalau si perempuan tak menolak. boleh jadi ke? betul tak? ke ada alasan munasabah yang lain yang boleh diketengahkan bagi menyakal pendapat aku ni?
Ikrar janji sumpah setia serta rela berkorban apa saja. *jadah. dah macam lagu la pulak aku mengarang. menjadi trademark kepada pasangan yang bercinta jenis macam ni. dari mata turun ke hati dari hati turun ke tetttttt. paham-paham lah sendiri lu orang dah besar takkan guwa nak suap pulak?. keh3.
Mula-mula cuit sana cuit sini. lepas tu tangan merayap merata. tambah-tambah dekat tempat yang tak ada orang. mula lah orang yang ke-3 memainkan peranan beliau. siapa dia adik-adik? syaitan. pandai pun.
Habis madu sepah di buang. lepas tu masing-masing nak menyalahkan antara satu sama lain. yang jadi mangsa anak dalam kandungan. lebih zalim lagi anak tersebut digugurkan atas alasan anak luar nikah. time tengah seronok naik sheikh tak ingat pulak yang dia nak buat anak luar nikah?. dah lah penzina pembunuh pulak tu. nazubillah min zaliq.
Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui.
Cinta yang kekal
Cinta yang ditagih oleh setiap manusia. bukan aku sendiri je tapi aku rasa semua orang nak steady relationship yang berterusan hingga ke akhir hayat dan bukannya relationship yang terumbang-ambing dan akhirnya menjadi relationshit. betul tak? sangat tahi busuk pulak tu. eh eh ade baulah. keh3.
Cinta macam ni pulak bukan macam cinta muka buku tu. kau hantar pesanan suruh terima aku bagai. tapi guwa layankan jugak lagu Najwa Latif tu. ahah kantoi sudah!
Cinta yang perlukan pengorbanan serta kesabaran dalam erti kata lain cinta jenis ni adalah jodoh yang telah ditentukan Allah s.w.t. Jodoh ni pulak bukan macam mee segera dua minit tunggu dah siap. kan? it happens spontaneously lah dan kita tak jangka pun jodoh kita tu siapa? padahal jiran sebelah rumah yang tak pernah bertegur sapa. keh3.
Even i leb yu. yu leb ai. even bercinta bagai nak rak sekalipun. even lama macam mana sekalipun kita bercinta. kita? gedik lettew. kalau bukan jodoh nak buat macam mana kan? redha je lah.
Kesimpulannya definisi cinta bagi aku adalah ''cinta urusan hati dan hati urusan Allah'' dan tak payah nak kusut-kusut soal cinta dan jodoh ni. sedangkan hati nabi Adam a.s mudah dibaca inikan pula hati hamba-Nya. keep calm and believe in Allah.
Cinta ni tak boleh dipaksa sampai masa dia datang dengan sendiri. jadah guwa mengarang macam doktor leb?
kahkahkah!
k.bai
p/s: ingat senang ke blog guwa nak selit entri berunsur hati dan perasaan? phui.