Hasil daripada dua bulan lebih guwa terperap dekat rumah mengadap tibi sambil ngabiskan sisa-sisa cuti semester yang berbaki lagi sebulan setengah.
Cerita sinetron
Lambakan pekerja asing khususnya dari negara seberang memungkinkan lagi penayangan cerita seumpama ni.
Penonton tegar terdiri daripada mak cik-makcik termasuk puan emak guwa sendiri, para surirumah sepenuh masa sambil-sambil melipat kain dekat ruang tamu rumah dan juga amah-amah yang sibuk mencuri tulang semasa ketiadaan majikan. cerita meleret-leret panjang nak mampus. kalah cerita Sembilu lakonan Zed Zaidi sama Hetty Sarlene. kalau tengok dari bulan satu guwa rasa dalam bulan sembilan macam tu baru habis. cilake.
Episod kalau boleh nak 100 ke atas. teknik zoom in dan zoom out menjadi kegilaan para pengarah. lokasi
penggambaran 90% dilakonkan dekat rumah dan selebihnya di kantor pak polisi dan di rumah sakit. keh3.
Cerita melayu
Genre cinta tiga segi, pergolakkan rumahtangga dan konflik dalaman syarikat terkemuka menjadi taruhan. watak pulak merangkumi orang gaji, paling top mak Jah sampailah watak yang berstatus Tan Sri. watak sampingan pulak wajib ada peragut, perogol dan penyangak tak lupa jugak dengan watak seperti kaki betina, kaki ngabiskan duit mak bapak, kaki menipu dan bermacam lagi.
Mak Jah - i lebiu alls |
Episod pulak dalam belas-belas macam tu paling banyak pun dua puluh lebih je. teknik flashback dan monolog dalaman menjadi pilihan para pengarah untuk mengekspresikan arahan cerita beliau. lokasi penggambaran yang menjadi pilihan seperti restoran-restoran mewah, taman-taman bunga dan sekali sekala kelab-kelab dangdut eksklusif untuk babak nyetan-menyetan.
Cerita omputih
Bajet cerita dalam ratusan ribu US dollar macam tu. wajib ada nigga dan bling-bling beliau.
babak bercium dan aksi atas katil menjadi suatu kemestian. kalau tengok sorang-sorang boleh consider lagi kalau dah puan emak, encik abah serta adik-adik yang baru nak kenal dunia tengok sekali? macam mana? cilake.
Aksi tembak menembak dan letupan mampu memikat penonton. jalan cerita kalau boleh nak serius memanjang. lokasi penggambaran yang menjadi pilihan seperti atas katil, bilik mandi, swimming pool, pub, dan segala tempat yang boleh menjerumus ke arah kemaksiatan dan keruntuhan akhlak serta moral.
Cerita hantu
Cerita paling aku tak gemar. padahal penakut. keh3. kain kuning, kemenyan dengan arang mesti ada untuk tujuan asap-mengasap dan pemujaan setan. rambut hantu mesti panjang berjurai bawah bahu. kuku tak pernah potong langsung. tapi sekarang jarang pulak guwa nampak hantu yang ada gigi siong kecuali si Edward Cullen tu. kah3. kalau hantu tak membonceng moto dengan menumpang kereta memang tak sah. hidup nak senang je. cilake. enjin moto atau kereta mesti mati tiba-tiba dan kawasan tu mesti sunyi. menambahkan efek seram katanya.
Lepas tu hantu tu mesti sergah punya. konon-konon terkejut lah sekali tengok muka macam cilake tak seram langusng. gampang. lokasi yang menjadi pilihan kubur, banglo usang dan jalan-jalan yang sunyi.
Cerita korea
Genre percintaan yang dibarisi pelakon-pelakon Korea yang jambu dan kacak membuatkan akak-akak yang tengah single tu sanggup mendownload berejam-jam lamanya. dalam external hard disk tu guwa rasa mesti penuh punya. mampu membuatkan penonton menitiskan air mata walaupun tak paham sepatah haram pun haegul tu. nasib baik ada subtitle. kalau tak meroyan apa beriya menangis bagai padahal tak faham kan? keh3.
Cerita Irma Hasmie
Dah jarang abang nampak Irma berlakon. takpe abang paham.
i lebiu Azmeer. keh3. |