Followers

Friday, 19 August 2011

Dilema penulisan entri

Assalamualaikum.

credit: Gugel


 Apa yang aku tahu mengenai gaya penulisan blog? dari segi pengalaman berblogging aku akui yang aku masih baru. tapi kalau nak jadi blogger kenalah berani.

 Berani bersuara dalam memberi pendapat dan pandangan baru lah rasa nikmat berblogging tu.

 Aku rasa tak perlu nak jadi top blogger baru boleh bagi pendapat. siapa kata? blog ni sebenarnya merupakan salah satu medium kebebasan bersuara. yang perlu kita tahu setiap perkara yang dibuat ada batasnya.

 Voice out guys!

 Bagi aku blog ni ada dua komponen. pertama, dari segi penampilan blog. macam mana nak hias dan cantikkan blog. kedua, entri yang terkandung dalam blog. 

 Kalau berblogging untuk pembacaan orang ramai. aku rasa perlu diberi penekanaan yang serius mengenai hal ni.

 Anggap blog macam anak sendiri. secara analoginya mudah. penampilan blog umpama pakaian anak. dan entri pulak adalah perangainya. kalau tak dijaga cara penampilan dan sikap anak sendiri apa pulak kata orang nanti?

 Orang dekat luar sana tak akan salahkan anak sebaliknya ibu bapa yang mendidiknya. dalam kes ni pembaca dengan mudahnya mengkritik blogger. faham apa yang aku cuba nak sampaikan?

 Sekarang aku cuba ketengahkan pandangan aku mengenai gaya penulisan blog yang pernah aku baca. ini sekadar pandangan. kalau rasa diri tak boleh terima aku tak kisah. tapi sebagai blogger aku harap korang lebih bersikap terbuka dalam hal macam ni untuk kebaikan bersama.

                                                                        * * * * * * * * * *

 Mula-mula aku nak sentuh mengenai kesilapan teknikal ketika menulis entri.
 Pertama mengenai penggunaan font dalam entri.

credit: Gugel

 '' font je pun? itu pun nak jadi isu ke?''  - Anonymous.

 Alang-alang jadi blogger benda remeh macam ni seharusnya kena peka. perlu ke guna font yang canggih untuk menulis entri? tak payah nak guna font bergulung-gulung sangat. font biar simple.sebagai contoh font yang aku guna ni. 'Ariel'. mudah untuk dibaca.

 Mungkin ada sesetengah blogger rasa font tu seksi. tapi kena faham jangan terlalu pentingkan diri sangat cuba think out of the box. apa pulak reaksi pengunjung blog kalau tengok font kita yang 'cantik' katanya tu? mesti seksa. 
 
Definisi font yang sesuai bagi aku biarlah yang simple dan mudah untuk dibaca.

 Kedua pulak mengenai saiz font.
 Boleh baca tak?  saiz font jugak penting. benda mudah macam ni kadang-kadang selalu diabaikan. sedar atau tidak kebanyakan masalah berlaku sebenarnya pun daripada isu yang remeh. 

 Dalam hal ni font bersaiz normal sudah memadai. tapi kalau korang seorang blogger yang kreatif. korang boleh memanfaatkan pelbagai variati saiz font yang ada. macam mana tu? sebagai contoh.

 '' Aku ni seorang yang pemalu *memang pemalu pun. hah hah! '' - nampak tak permainan dia dekat situ? 

 Ketiga mengenai alignment. jangan cakap tak tahu pulak apa tu alignment. alignment? what kind of animal is that? atau dalam bahasa kelantannya nate gapo?.

 Kalau nak menulis entri yang panjang
perlu ke nak buat alingment
yang centre macam ni?
faham
kan
maksud aku?    

 Dan seperkara lagi mengenai perenggan. tak guna belajar buat karangan tapi tak pernah nak diaplikasikan. 
kalau aku nak baca pun fikir dua kali. pertama entri dah la panjang dan yang kedua pulak langsung tak berperenggan. 

                                                                  * * * * * * * * * *

 Sekarang aku nak sentuh mengenai kesalahan individu ketika menulis entri (berdasarkan apa yang aku baca dan perhatikan)

1. tulisan BeSar kEcIk bEsAr KeCik.

 Jadah menulis macam tu? adakah viewers berpendapat blogger yang tulis macam ni comel? sangat-sangat annoying tahu? lagi satu takkanlah sampai tak tahu dekat mana nak guna capital letter kot?

2. tulisan pelangi 

credit: Gugel


 Jangan nak kalepul-kalepul sangat lah. tahulah spesis yang periang. tapi janganlah tiap-tiap perkataan nak diwarnakan. mengada-ngada sangat nama dia. bagi aku penggunaan warna font cukuplah sekadar meng' highlite' kan perkara yang dirasakan penting.

3. tulisan kedkut hruf.

 Faham kan? contohnya kalau saya jadi sy. jangan jadi pemalas sangat nak tulis entri boleh tak?. ingat ini blog bukan tempat nak replay mesej. aku rasa ruang nak menulis entri ni tersangatlah unlimited bukan macam nak balas mesej. tak perlu lah nak jimat space. aku rasa kalau tulis dengan ayat penuh tak rugi apa-apa.

4. tulisan mat wempits.

 Yang ni paling aku pantang. jadah apa suruh orang follow blog dia tapi sepatah apa yang dibebelkan aku tak faham? contoh macam ni.

 ''itew cuke arh dekat awark. awark buad aty caye bedegup kenciang!'' - kahkahkah. excercise mucung mulut ke? sangat tak boleh belah. kematangan blogger dalam menulis pun boleh dipertikaikan.

 Suruh orang baca blog tapi macam tak kasi orang nak baca blog dia pulak. blog macam ni bagi baca dekat readers yang faham boleh lah. orang normal dan tak up date dengan penggunaan bahasa alaf baru macam aku ni. lambat pikap. ahah!

 Ingat tiut tanggat lah tu? ciot jek! hah hah.

 Panjang pulak aku membebel. ok ni last punya. mengenai penggunaan kata ganti diri. maksud aku mengenai kata ganti diri pertama dan kedua. dah macam cikgu bahasa Melayu pulak aku nak jelaskan benda ni.

 Pertama, kata ganti diri pertama macam aku, saya, guwa, dan seumpamanya. ada sesetengah pembaca tak boleh terima dengan blogger yang guna perkataan macam 'aku' dan 'guwa'. tambahan pulak yang membaca tu lagi tua daripada kita. betul tak? selain tu kebanyakan bloggers lebih suka guna nama samaran dan tak juga dengan niknem.

 Bagi aku, pembaca seharusnya bersifat terbuka. ini cara blogger berinteraksi dengan blog mereka. dan tak bermaksud untuk berkurang ajar. sama jugak dengan kata ganti diri kedua macam korang, anda ataupun lu orang. janganlah serius sangat.

 Bontot aku pun dah rasa macam tak ada bontot. kemain kebas lagi. ni semua sekadar pandangan aku. kalau ada pandangan selain daripada ni bagilah sekomen dua.

 k. bai
Azmeer Ahmad Shahruddin