Followers

Friday, 20 January 2012

Hanya sebuih dari seluas lautan

Assalamualaikum,

 Lega bila dah habis exam!! hampir tiga minggu berhempas pulas macam orang gi-la nasib tak gi-la. tidur? kena topup lah time cuti semester nanti. hee.

 Dan hampir tiga minggu tu jugak belog ni terbiar.  kalau bukak pun sekadar baca entri lama. 

 Bila terkenangkan balik pasal minggu exam ni macam-macam karenah perangai student yang kita boleh tengok. ada yang tak lekang dengan buku 24/7 ada pulak yang merungut sebab banyak benda yang dia nak kena cover. study last minit? tak semestinya orang study last minit tu menggelabah. ada je yang skor. 

 Hendak seribu daya kan?
     
  ''(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia yang menciptakan manusia dari sebuku darah beku, bacalah dan Tuhanmu Maha pemurah yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya''. -Al-'Alaq, 1-5

 Berapa ramai yang belajar niat kerana Allah s.w.t? tapi kecenderungan tu lebih kepada belajar untuk exam. lepas exam. buku dengan nota entah kemana. tapi rasanya betulah kot. Aku pun dua kali lima jugak. ilmu Allah sangat luas dan infiniti. ibarat mencedok keluar air telaga zam-zam. tak akan habis. subhanallah!.

 Ilmu ni meliputi segala perkara dari sekecil-kecil zarah sampailah sebesar-besar ciptaan Allah s.w.t takkan sikit pun berkurang malah bertambah! Allahuakhbar!. cuma keterbatasan itu ada pada akal manusia. bagi aku langsung tak cool bila kita merungut disebabkan ilmu. susah lah. complicated lah. itu maknanya tak ikhlas. ilmu  ibarat kawan. siapa nak berkawan kalau diri tak ikhlas kan? :)

 Belajar tu jihad. bila sebut pasal jihad semua teringin nak bergelar syuhada. sebab dapat tiket terus ke syurga. sedangkan jihad fisabilillah untuk mencari ilmu tu pun boleh diragui keikhlasan hatinya apatah lagi untuk perkara jihad yang lebih besar? siapa tak nak bergelar mujahid dan mujahadah di sisi Allah s.w.t kan? semudah jihad dengan mencari ilmu pun rasanya kita dah pun bergelar mujahid dengan mujahadah. cuma kita je yang tak sedar.



 Habis kalau ilmu tu susah nak faham macam mana?  Allah tak tergamak untuk bagi ujian yang kita sendiri tak mampu lakukan. sebab Allah maha mengetahui kelemahan dan kekurangan kita. bila diuji maknanya Allah ambil berat pasal kita dan Allah s.w.t juga ingat pasal kita. caring kan Allah s.w.t? :)

            ''Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahanya'' - Alam Nasyrah, 94: 5-6

 Cuba kita ambil contoh kisah Rasulullah s.a.w ketika baginda mengetuai para mujahiddin semasa peperangan Badar. kalau kita ditempat Rasulullah s.a.w mesti kita mengeluh sebab memang mustahil kita boleh menang dengan bilangan yang sedikit sedangkan pihak musuh sekitar seribu orang. apa yang Rasulullah s.a.w buat pada waktu tu? Rasulullah berdoa. jangan main-main baginda bukan senang nak give up macam kita. ;)

 Hanya dengan keyakinan dan kepercayaan bahawa ujian itu adalah tanda kasih sayang Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w berjaya dalam peperangan Badar. sama jugak dengan ilmu yang kita pelajari. hanya dengan keyakinan bahawa itu adalah sebahagian daripada ujian Allah s.w.t untuk kita percayalah sesukar mana pun ilmu yang kita tuntut tu mampu kita fahami kalau kita ikhlas dan yakin semuanya punya hikmah. :)


 Jangan merungut. ikhlas dalam apa jua ilmu yang kita tuntut. walaupun hanya sebuih dari seluas lautan jika Allah berkehendakan ilmu untuk dimiliki oleh kita tiada siapa boleh pertikaikannya. wallahualam. :)

Azmeer Ahmad Shahruddin