Followers

Monday, 23 January 2012

Lelaki pemalu

Assalamualaikum,

 Guwa yakin lah, kalau sebut pasal lelaki mesti ada yang cakap gatal. kan? tapi dalam kegatalan lelaki tu ada sifat pemalu dia. ahah! guwa tak cakap yang guwa ni gatal. guwa gatal sikit je. kahkakah. makin digaru makin sedap. *sambil garu belakang badan guna pembaris.

 Guwa ni tak tahu lah nak describe diri guwa ni macam mana orangnya. sama ada pemalu atau penyegan. tapi dekat sini ada beberapa perkara yang selalu guwa buat bila berhadapan dengan situasi yang mana guwa sorang berhadapan dengan sekolompok perempuan mahupun seorang dua.

1. Terserempak dengan sekumpulan fomfuan.



 Benda macam ni selalu jadi dekat guwa  time tengah berjalan kaki menuju ke kafe kampus universiti mahupun menuju ke dewan kuliah. sejujurnya guwa tak boleh melintas di hadapan sekelompok fomfuan yang ramai sebab nanti automatik guwa jadi segan. akhirnya guwa carik jalan pintas. malu beb. kalau sekali ramai yang ngorat guwa camne? siapa nak jawab? kahkahkah.


2. Berhadapan dengan fomfuan yang duduk di kawasan sekitar luar dewan kuliah.



 Ini pun satu hal jugak, guwa bukannya boleh tengok sekelompok dua fomfuan yang duduk rilek-rilek luar dewan kuliah guwa. sebab guwa rasa macam diperhatikan. lepastu guwa buat-buat tengok jam. macam eksekutip je guwa rasa bila buat macam tu. jam tu pun bukannya betul sangat dah lama kojol. tapi guwa pakai jugak sebab nak nampak macho~ kehkehkeh.

3. Berselisih berseorangan.



 Yang ni selalunya terjadi dekat guwa bilamana hanya guwa dan seorang gadis je yang terlibat. tambah-tambah hat perempuan yang muslimah. mulalah terngiang-ngiang lagu nasyid *sebelum diijabkabul~ . automatik guwa akan menundukan pandangan. kalau cik gadis tu pandang guwa memang kesian dekat beliau sebab guwa lagi suka pandang lantai serta jalan tar yang berturap. kempunan beliau nak tatap wajah guwa. HAHA. guwa malu okeng! malu ngat!

4. Tunggu bas repit kay el.



 Kalau tunggu bas ni jangan cakaplah nisbah lelaki dengan perempuan satu per doploh cenggitu. ahah! memang sah-sah lah guwa sorang je yang tunggu bas. untunk mengelakkan guwa bermain kenyit-kenyit mata sementara menunggu bas sampai. guwa selalunya buat-buat main telepon. acah-acah ada orang mesej guwa. padahal tak ada. sampai satu tahap sampai guwa baca balik mesej-mesej yang berkurun termasuklah mesej dari abam selkom.

5. Dalam bas.



 Yang ni memang selalu dan kerap guwa buat. bagi mengelakkan sifat pemalu guwa ni nampak ketara bila berhadapan dengan segerombolan feremfuan yang majoritinya memenuhi ruang dalam bas tu. kecuali guwa dan pokcek drebar bas. guwa selalu sumbat telinga guwa dengan earphone. kadang-kadang guwa sumbat gitu je. acah-acah dengar mp3.padahal telepon guwa tu bateri dia dah lama kong. haha. kantoi!

Sayalah lelaki pemalu itu. weeeee~ *pekup-pekup muka~ pemsan.
Azmeer Ahmad Shahruddin