Assalamualaikum,
Guwa terfikir benda ni masa temankan mak guwa tengok drama melayu petang tadi. *cuwit tak guwa? ahah!. guwa lupa pulak apa tajuk drama tu. yang guwa tahu laki tu nak sangat kahwin dengan perempuan yang dia suka tu. tapi perempuan tu tak nak. entah macam mana pulak laki tu berjaya bawak perempuan yang dia suka tu datang ke rumah dia. lepas tu perempuan tu ternoda. dan diorang pun rancang nak berkahwin. kahkahkah. macam beruk punya plot cerita! drama melayu sekarang tak macam dulu. sekarang punya cerita seriyes mengarut dan banyak sangat cerita hantu yang kurafat bebenor. cerita zaman dulu-dulu lagi penuh pengisian dan pengajaran walaupun dalam hitam putih. kan?
Pengajaran yang kita dapat: syurga tu bawah tapak kaki emak. kalau nak jadi batu sila derhaka. *tapi guwa hairan kenapa mak tanggang tak sumpah beliau jadi emas tiga empat karat? kan dah senang hidup.tak adalah merempat buat pengat pisang je. HAHA.
Pengajaran yang kita dapat: layanlah anak tu baik-baik walaupun anak tiri. ingat ye adik-adik jangan berbuat zalim terhadap anak yatim. berdosa tawww~ *sampai sekarang guwa tak pernah tengok ikan kaloi. --,--''
Pengajaran yang kita dapat: hidup ni tak sempurna kalau tak ada kawan. jangan ingat kau boleh remove orang sesuka hati macam dalam pesbuk.
Pengajaran yang kita dapat: sentiasa dahulukan mak dengan abah kita dalam apa jua keadaan. walau hanya seketul telur ikan tembakul. *kahkahkah. ni pun sama. mana guwa pernah tengok ikan tembakul tu macam mana. haipp!
Pengajaran yang kita dapat: kau ingat senang ke budak-budak zaman kita ni nak ada semangat patriotik macam abam Hassan dengan kawan-kawan beliau? hidup! hidup! abam Hassan! :D
kbai.