Followers

Friday, 17 February 2012

Antara saya dan guwa.

Assalamualaikum,


budi bahasa budaya we ols!

 Sebenarnya saya lebih suka menggunakan kata ganti diri pertama 'saya' berbanding 'guwa'. seriyes!

 Dalam pertuturan seharian hatta berpesbuk sekalipun saya kerap membahaskan diri saya sebagai 'saya' dan bukannya 'guwa'. tapi bila membahaskan diri sebagai 'guwa' terasa macam ada aura kejantanan dan kemaskulinan yang meresap masuk ke dalam jiwa bila menaip entri. kahkahkah. 

 Sebagai contoh;

 Lelaki A: kacak tak guwa hari ni? 

 Cuba bandingkan dengan ayat di bawah,

 Lelaki B: kacak tak saya hari ni? *auww~


 Jelas terasa kelembutan di balik lelaki B, macam adik-adik sutun kurita berkaki lapan giteww! tapi lain pulak bila baca pernyataan lelaki A. dia punya jantan tu lu orang pun boleh rasa. ada rasa badan ketul-ketul tak?. ketulan lemak lettew. ahah!

 Tapi penafsiran cepat berubah. maksud saya cuba bandingkan contoh yang saya bagi dan bandingkan dengan contoh yang ini,

 Lelaki A: guwa nak mintak tolong boleh?

 Lelaki B: saya nak mintak tolong boleh?

 Sekarang lu kacak ke? lu maskulin ke? itu belakang cerita. pokoknya perbezaan penggunaan kata ganti diri kadang kala boleh mengguris hati orang yang tak berapa biasa dengan apa yang kita mahupun orang yang sekepala dengan kita biasa. 

 Macam dalam drama sinetron dekat tibi tiga,empat,lima,enam,tujuh,lapan dan sembilan. selamba ayam je si anak ber'aku' segala dengan dia punya tanter-tanter dan mbah-mbah dukun, duku dan ciku diorang. sebab orang sana dah biasa. 

 Akan tetapinye pun adoi, jarang orang Melesia bahas dengan kita ibubapa semacamtu. kan? gak enak dong!

 Jadi untuk entri kali ini dan seterusnya saya akan membahaskan diri saya sebagai 'saya' dan katakan tidak kepada'guwa'. barulah mokcik-mokcik yang baca blog ni boleh menimbangkan sebarang dua hasrat untuk mencalonkan saya sebagai menantu pilihan mokcik-mokcik pada tahun 2012. kalau bukan bakal menantu peberet pun top 3 pun jadilah ea mokcik? hahaha.

 Sopan tak saya menaip? heh!

 Meh ciyom dahi sikit, mumumuahhhh! kbai. :P
Azmeer Ahmad Shahruddin