Followers

Sunday, 19 February 2012

Marilah mari, kita mengundi.

Assalamualaikum,

 Nota kepala: ini hanya pandangan dan pendapat peribadi saya dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. ini justifikasi saya. sekian.

 Sebenarnya saya tak tahu sama ada anda semua sependapat dengan pandangan yang akan saya berikan ataupun sebaliknya. tapi ini apa yang saya rasa.

 Saya seorang mahasiswa dan berwarganegara Malaysia. maknanya saya punya tanggungjawab terhadap pelajaran demi mengejar cita-cita dan juga kepada negara saya.



 Sejak kecil saya terfikir, kenapa mereka berpolitik semata-mata untuk berpecah belah? Malaysia memang merdeka tetapi tak pernah merdeka dari cengkaman politik yang entah apa-apa.

 Mungkin saya muda, bodoh dan tak tahu apa-apa pasal politik. baik duduk diam dekat rumah tak payah kacau hal orang dewasa buat menyemak! ya, saya mengaku saya bodoh dan tak tahu menahu pasal cara orang berpolitik. 

 Saya bukan ahli politikus dan saya tahu.

 Apa yang saya pasti. politik itu adalah kuasa.if you can control the people, you can control the country. as easy as that!

 Siang malam pagi petang. asal baca surat khabar asal bukak tibi semua cerita berkait pasal politik. dalam Islam politik itu memang ada. kalau tak ada politik macam mana Rasulullah s.a.w nak memerintah kota Madinah. kan?

 Serius saya cakap politik yang dimainkan oleh orang yang berumur di Malaysia ini sangat kebudak-budakan dan tidak matang. maaf, saya bukan bermaksud kurang ajar. 

 Yang tua dihormati, yang muda disayangi.

 Hina-menghina, kutuk-mengutuk, aib-mengaib, fitnah-memfitnah, ejek-mengejek ini politik yang saya maksudkan. 

 Tak ubah macam anak kecil. tapi mereka bernasib baik kerana belum punya akal untuk berfikir mana buruk mana baik. kan?

 Jatuh-menjatuhkan sesama manusia tu  sudah menjadi perkara normal. bila nampak aib orang terus dibukakan besar-besar biar semua orang nampak dosa yang dilakukan. tapi dosa sendiri? maklumlah kuman seberang laut nampak gajah depan mata invisible!

 Kalau tanya saya, saya ni bukanlah kaki politik, kaki mengipas mahupun kaki mengampu yang terlalu agung-agungkan parti mana yang lebih hebat dan gah.

 Ya saya tahu, saya ni masih belajar dan mentah.



 Bila ada mahasiswa bangkit untuk cuba-cuba menceburi bidang politik nah ada yang marah. bodoh katanya. siap ugut nak meludah ke muka. orang bodoh pun tahu nak meludah macam mana. sebab dia bodoh ilmu tapi tak bodoh akhlak dan akal. persepsi bodoh tu pun sebenarnya saya masih kurang faham. tang mana bodohnya? ada universal standard level yang boleh mengukur kebodohan manusia? kalau ada saya teringin sangat nak tahu. serius nak tahu!



 Betul apa yang dicakap oleh pakcik dan makcik di luar sana. habiskan pelajaran, kejar cita-cita dahulu. dah graduasi nanti lantaklah kau nak berpolitik sakan pun tak ada siapa yang nak halang.

 Percayalah mahasiswa ni bukannya terhegeh-hegeh sangat nak berpolitk. 

 Kami cuma ingin tahu. syarat sebagai pelajar bagi saya adalah sifat yang sentiasa ingin tahu. mana mungkin frasa 'pemimpin masa hadapan' boleh digunapakai kalau hal-hal berkaitan dengan sistem kenegaraan itu sendiri ditidakkan kepada kami? 

 Buku yang selalu ditelaah dan diulangkaji untuk pelajaran saya itu sendiri amat terbatas kalau dibandingkan dengan ketidakterbatasan akal yang sentiasa berfikir. itulah hebatnya akal ciptaan Allah s.w.t 

 Saya hairan kalau golongan macam saya tak dibenarkan untuk mengambil kisah mengenai keadaan politik di Malaysia kenapa perlu hari-hari disumbatkan pelbagai material politik di dada akhbar dan media massa? 

 Situasi politiknya serius kebudak-budakan. selalu buruk-memburukkan antara yang lain. kadang-kadang siap ada yang bertelagah kerana berbeza fahaman politik. bercakaran dan tak bertegur sapa kerana berbeza ideologi. menghalal-haramkan tanah yang dipijak oleh komuniti/masyarakat yang tidak sehaluan dari segi pemikiran politik.

 Paling teruk sekali siap kafir-mengkafirkan sesama sendiri. saya hairan sejak bila parti politik di Malaysia menjadi agama baru yang menggantikan agama Islam sebagai agama rasmi yang majoritinya adalah salafus soleh/ahlul sunnah waljamaah?



 Carilah kalau ada tiga atau empat orang sahabat akrab berbeza fahaman politik yang mampu duduk semeja untuk minum secawan dua kopi. apa yang saya sedar kawan boleh jadi lawan kalau diri cuba ungkitkan isu politik. asasnya manusia punya pegangan dan pendirian yang berbeza. tak sebulu secara ringkasnya.


 Saya teringin sangat nak lihat pemimpin-pemimpin parti politik di Malaysia duduk semeja dan berbincang untuk mengukuhkan persepakatan dan permuafakat masyarakat Malaysia. tapi sememangnya mustahil. hakikatnya mereka punya kepentingan tertentu. kalau tidak masakan mereka berbalah antara satu sama lain?

 Saya rasa konsep satu Malaysia tu rasanya tidak kena bilamana masyarakat itu sendiri tidak pernah sebulu bila berbicara mengenai politik. ada yang kata parti itu bersifat rasis dengan kaum tertentu dan sebaliknya.



 Tapi apa yang membuatkan saya sedih bila mengenangkan perpecahan yang terjadi dalam kalangan bangsa saya sendiri, bangsa Melayu. parti ini memperjuangkan Islam dan parti satu lagi membela hak ketuanan melayu. hakikatnya mereka tidak seiring. 



 Rasanya mereka perlu membaca kembali Perlembagaan Malaysia. Melayu dan Islam memang tak dapat dipisahkan. saya tahu bukan semua Melayu (segelintir minoriti kecil yang sanggup murtad) itu beragama Islam. tapi percayalah ikatan Melayu-Islam itu telah ditakdirkan oleh-Nya. mengapa perlu dipisahkan Islam dan Melayu itu kalau hakikatnya ianya perkara yang harus diperjuangkan secara bersama?


 Percayalah cakap saya, biarlah parti mana pun yang perintah negara Malaysia. mati hidup kembali pun. politik Malaysia tak pernah berubah. 

 Saya sebenarnya tak gemar nak menaip panjang dan melontarkan pendapat saya kepada umum. takut penafsiran orang berbeza dengan apa yang kita cuba sampaikan. tapi pendapat individu itu adalah pendiriannya. orang lain boleh kecam tapi harus hormat dan tidak perlu butthurt.

 Ejek nama parti lah, ejek simbol partilah serius kebudak-budakkan. tapi budak-budak tak ejek macam tu kalau diorang nak ejek diorang ejek nama bapak. nak dahsyat lagi nama datuk pun boleh kena ejek. kehkehkeh. 

 Kiranya budak-budak kecil ni pun lagi up jugak. jangan cakap saya yang mengajar budak-budak mengejek bagai. I mean because it happens. kadang-kadang benda depan mata kita pun kita tak pernah sedar. tapi boleh pasang impian mencanak tinggi ke langit.

 Tapi saya hairan mat rempit seumur dan sebaya dengan mahasiswa yang lain (agak tidak keterlaluan jika saya katakan mereka ini kurang berpendidikan) boleh ke hulu hilir pacak bendera parti politik di kawasan-kawasan perumahan. tetapi golongan intelektual yang berpelajaran seperti mahasiswa itu sendiri tidak boleh berbuat demikian. bodoh katanya. rupanya mat rempit lebih genius dan bijak daripada mahasiswa itu sendiri. 



 Panjang pula saya menaip. kahkahkah. 

 Bila bukak tibi penuh cerita pasal pilihan raya ke-13. PRU 13 tu apa? kahkahkah.

 Marilah mari mari mengundi. eh mengundi tu apa? jangan tanya saya, saya tak tahu. tak ada dalam silibus pembelajaran saya. u mad? kahkahkah.



p/s: saya berhak menyatakan pendirian dan pendapat saya. Malaysia adalah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi. sekian.
Azmeer Ahmad Shahruddin