Dalam kehidupan manusia cuba untuk mencari kesempurnaan hidup. tapi hakikatnya tiada siapa pun yang pernah mengecapi hakikat sebenar kesempurnaan itu. dalam kehidupan jugalah manusia belajar untuk menyayangi dan disayangi kerana perasaan itu adalah anugerah Allah s.w.t yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
Ada apa pada arang? cuma ketulan batu hangus yang dijadikan bahan bakar. tak bernilai bagi mereka yang tidak menghargai. tangan cepat kotor katanya.
Lain pula nasibnya pada sebentuk berlian, harganya yang mahal membuatkan golongan tertentu sahaja yang mampu memilikinya. Berlian itu berkilau cantik, mata bisa terpukau. tapi arang? hanya ketulan-ketulan batu. hitam lagi kotor. Kenapa mengharapkan pada berlian jika diri tak mampu memilikinya? sehitam hangus arang berbakti juga pada manusia.
Begitulah realiti kehidupan, manusia terlalu mengidamkan kesempurnaan dalam memilih pasangan hidup. ukur baju biar dibadan sendiri barulah berpijak di bumi yang nyata.
Jodoh dan pertemuan adalah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t, jangan terlalu mengejar pasangan yang terlalu sempurna, sempurna pada tubuh dan sempurna pada akhlaknya. kerana pencarian yang sempurna itu tidak berkesudahan.
Untuk wanita, tidak perlu didambakan insan seagung Rasulullah s.a.w untuk dijadikan imam kepada solatmu. untuk lelaki, tidak perlu dicari insan setabah Siti Khadijah untuk menjadi ibu kepada anak-anakmu. bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan olehNya.
Pokoknya kalau diri belum sempurna jangan berharap pada si dia yang sempurna. apa guna peroleh isteri yang solehah kalau diri belum selayaknya menjadi imam kepadanya? ambilah iktibar pada ketulan arang dan berlian itu sendiri.
Memang mahal untuk memiliki sebentuk berlian yang telah siap dibentuk seadanya. kerana yang berhak memiliki itu adalah mereka yang selayaknya. siapa kata ketulan arang batu tidak mampu menjadi sebentuk berlian?
Hakikatnya arang dan berlian itu mempunyai unsur yang sama, karbon. untuk arang berubah menjadi berlian bukanlah mudah tetapi tidak mustahil. ianya perlu dengan usaha yang berterusan. walau seribu tahun usaha untuk mengubah arang batu kepada berlian. akhirnya berlian jugak hasilnya.