Assalamualaikum.
ohaa! *ayat pencetus perbualan*.
Bila umur dah meningkat masuk dalam golongan 20-an ni guwa rasa isi perbualan pun dah banyak berubah. tahap pemikiran pun dah tak macam dulu lagi.
Universiti dengan sekolah tu rasa dia lain. seriyes.
Semakin kita tua semakin kita menghargai usia muda kita.
Waktu guwa sekolah dulu perkara paling tak best sekali adalah bangun pagi. lu orang pun sama jugak. jangan nak temberang sama guwa. ahah!.
Guwa memang tak ada masalah nak bangun pagi. tapi bilamana puan emak start memanggil-manggil nama anak beliau yang comel sambil membuka lampu bilik tidur tang tu yang guwa tak tahan.
Sinaran lampu kalimantang mencucuk-cucuk mata guwa dengan kejamnya terus menerus tanpa rasa simpati. nak mandi pagi pun satu hal. sejuk sampai ke tulang. adik guwa siap dapat special treatment mandi air panas lagi. puih. kahkahkah.
Berkemeja putih siap berlencana yang dijahit di poket belah atas, seluar biru gelap bertali pinggang. sepasang stokin dan kasut siap dikapur. itulah uniform rasmi dari pagi ke tengahari. dari hari Isnin sampai ke Jumaat.
dulu guwa macam adik-adik ni lah. bentang surat khabar nak kapur kasut. bukan kasut je dengan tangan-tangan guwa kapur sekali. pfft |
Tak dilupakan sapu tangan pengelap hingus dan duit belanja RM2.00 pemberian Inche abah sebagai duit poket untuk berfoya-foya di kantin sekolah nanti bersama rakan-rakan sebusuk dan setahi. haha.
Seawal jam 6 pagi saat kucing-kucing masih dibuai mimpi, anjing-anjing yang berpeleseran sejak malam hari lari lintang meninggalkan premis-premis judi dan pusat-pusat karaoke balik ke rumah masing-masing dengan penuh noda dan dosa, ayam-ayam bersahut kokokan antara satu sama lain kerana tidak mampu bertwitter ketika itu, guwa dengan budak-budak sekolah yang senasib dengan guwa menunggu bas dipersimpangan jalan.
Beg-beg sekolah disusun memanjang dan pemilik beg pertama tulah yang akan naik bas dulu sebab beliau datang awal. sementara menunggu bas. masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk membeli kuih-kuih popia, karipap, cucukodok, donat atau nasi lemak seringgit di gerai sekitar simpang jalan tempat menunggu bas.
Dulu kuih tiga seringgit besar-besar gedabak. sekarang 3 seringgit kecit cinonit. kahkahkah. nasi lemak jangan ceritalah kalau yang regular 70 sen je. nak up sikit beli nasi lemak seringgit mintak taruk sambal ikan bilis lebih. susah nak cari nasi lemak berbungkus surat khabar lama dengan daun pisang zaman sekarang. yang ada kertas minyak sama bekas styrofoam.
nasib baik guwa gugel jumpa, ingatkan susah sangat nak cari. kahkahkah |
Bila bas sekolah dah sampai masing-masing lari lintang pukang mendapatkan beg masing-masing. kadang-kadang ada yang kena tinggal sebab beli kuih kemain tak hinggat. yang kempunan kansel beli nasi lemak sebab bas dah sampai pun ada.
Guwa rasa budak-budak yang naik bas lagi beretika daripada pokcek mokcek yang berebut berpusu-pusu masuk dalam komunter dekat stesen KL central nun. sorang demi sorang naik bas. guwa suka duduk belah belakang sekali baru ada feel mafia to be sambil diapit gadis-gadis dibawah umur. ok yang tu guwa tipu.
Bas sekolah warna oren tingkap jenis slide door. mana nak ada air-cond air-cond bagai. pagi-pagi dah hirup udara segar. legend habis! sambil bas bergerak pergi, mokcek yang siap mengendong anak kecil dan pokcek yang siap berhelmet untuk pergi kerja yang temankan anak beliau orang sejak awak pagi melambai-lambaikan tangan kepada anak-anak mereka .
masa guwa naik bas ni geng bas sekolah pun belum wujud. jangan nak GBS! GBS! sangat. puih! |
Comel je guwa rasa. ahah!
bersambung. . .