Assalamualaikum.
Waktu sekolah dulu guwa ni cuma budak biasa, tak ada pangkat tak ada jawatan. baik pengawas sekolah mahupun pengawas pusat sumber. tak pernah merasa pun.
Selalunya pukul 7.30 pagi dah kena beratur. asal lambat sikit kena tahan dengan pengawas yang setia menunggu depan pintu pagar sekolah ditemani dengan sebatang pen dan sebuah buku kecil cap tiga lima.
Cukup nama naik tiga kali kena panggil cikgu disiplin. time tu pengawas sekolah yang market je pun. budak-budak lain biasa-biasa je. kadang-kadang ada macam rasa didiskriminasi pun ada bila tengok kawan-kawan yang jadi pengawas ni. cuba bayangkan penampilan pengawas sekolah dengan budak-budak biasa. tengok dari baju je dah nampak sifat kerasis-an tu. dengan tali leher siap bertag nama bagai bukannya masuk ofis buat kerja pejabat pun. kerani sekolah rilek je. kahkahkah!
Sampai sekarang guwa tak tahu apa kriteria yang para cikgu sekolah tengok untuk membolehkan murid-murid jadi pengawas sekolah. catit nama satu hal, satu sikap yang guwa tak suka dengan pengawas ni. diorang suka halau-halau budak masuk barisan kelas masing-masing. menjerit terpekik terlolong. guwa datang sekolah tahu bukannya datang zoo. tak payah ulang dua tiga kali menjerit-jerit dekat telinga guwa. haha
Guwa rasa tak ada apa yang best pun jadi pengawas sekolah. setakat keluar rehat sepuluh minit awal dengan bersuka-ria di jamuan pengawas bersama cikgu-cikgu lembaga pengawas sekolah itu je. sikit pun tak efek diorang punya keputusan peperiksaan. eh apasal guwa anti sangat dengan pengawas? kahkahkah.
Setiap hari isnin sebelum masuk ke kelas dah jatuh hukum wajib, mesti ada perhimpunan. pagi-pagi dah masuk kelas vokal. nyanyi lagu negaraku, lagu negeri dengan lagu sekolah. asal tak serentak je nyanyian kena ulang dua tiga kali sampai serentak. nak nyanyi serentak sekata dan senada baik bukak sekolah vokal je. kahkahkah. kadang-kadang bila rasa malas nak menyanyi acah-acah bukak mulut padahal suara tak keluar langsung. mana ada cikgu perasan. haha!
Selalunya pengawas akan berdiri dekat belakang sekali. kadang-kadang tepuk-tepuk bahu orang depan suruh diam. pftt.
Selalunya pengawas akan berdiri dekat belakang sekali. kadang-kadang tepuk-tepuk bahu orang depan suruh diam. pftt.
Pada hari tu jugaklah setiap pesalah-pesalah yang melanggar peraturan disiplin sekolah dihukum di depan murid-murid yang lain. nak dijadikan pengajaran katanya. kalau nasib tak baik cikgu disiplin akan buat spot-check rambut, kuku dengan siapa yang tak pakai stokin. sambil bergerak masuk ke kelas masing-masing dari dataran perhimpunan tu pengawas akan check sorang demi sorang. kalau ada yang kantoi kena tunggu menghadap cikgu disiplinlah jawabnya. pengawas sekolah kalau kuku panjang rambut panjang pun cikgu boleh pejam sebelah mata. sebab diorang kroni cikgu. puih! kahkahkah.
Sambil buat muka ketat sehabis garang cikgu disiplin selalunya bagi amaran dulu. itu je yang dia boleh buat pun siapa suruh buat spot-check mengejut. kahkahkah.
Esoknya jumpa cikgu nak tunjuk bukti yang rambut dengan kuku dah potong. budak-budak dulu tak macam budak-budak sekarang. dulu tengok cikgu disiplin je dah kecut perut. guwa hairan jugak kenapa cikgu disiplin ni ketat-ketat je muka dia? kasi la cikgu muka macam Lisa Surihani ke? Neelofa ke? jadi cikgu disiplin tak boleh? kena tibai pun guwa rela. ahah!
bersambung..
bersambung..