lelaki ni memang kuat cemburu. tak boleh nampak sikit orang lain mesra-mesra dengan cik makwe beliau. nanti mulalah nak cemburu bagai. kadang-kadang kalau lu orang perasan ada juga lelaki yang jenis over-protective tak boleh langsung kalau lelaki lain bertentang mata dengan cik makwe beliau mula lah merenung tajam sambil mengepal-ngepal kan tangan menjadi buku lima, enam, tujuh, lapan, sembilan dan sepuluh. ahah!
lagi tak boleh tahan kalau diorang baca komen-komen lelaki dekat status cik makwe beliau dalam pesbuk. dia punya cemburu tu nanti naik syeikh semacam. macam-macam benda nanti cik makwe kena soal.
tapi cemburu ni sebenarnya soal takut kecewa. takut kena reject. takut dipermainkan. kalau boleh dia nak hidup berdua je dengan cik makwe beliau dekat atas bumi ni. orang lain semua dia nak humban dekat matahari. takut cik makwe beliau kena kebas orang.
tapi tu lah cik makwe beliau pun bukannya hak beliau sorang. kalau boleh dia nak 100% kasih sayang cik makwe beliau tu dicurahkan sepenuhnya dekat beliau sampai termuntah-muntah hijau. tapi dia kena ingat yang sebenarnya dia berkongsi kasih sayang cik makwe tu dengan mak abah beliau, adik-beradik beliau dan jugak kengkawan beliau. kan?
guwa rasa both of them should put a lot of trust between each others. yang penting si makwe dop menggatal dan juga si pokwe pong dok menggatal cari yang muda seorang dua. hahaha
kalau masing-masing pandai jaga diri, pandai jaga hati lu orang campak diorang sorang dengan kutub utara sorang lagi dekat kutub selatan pun tak kisah diorang tahu macam mana nak jaga hati pasangan diorang masing-masing.
betulah cemburu tu tanda sayang. macam belacan yang kena lumat dengan batu lesung. selumat cintaku padamu. bhahahaha!
guwa ni tak ada lah pandai mana soal cinta ailebiu ailebiu ni. bercinta pun guwa dop pandai. *hihik
kbai