Followers

Monday, 13 August 2012

Nikah muda


Assalamualaikum,

nikah tu sunah. salah satu hikmah berkahwin adalah untuk mengelakkan anak-anak adam terjebak dalam kancah maksiat. kiranya nafsu itu disalurkan pada tempat yang hak.

orang muda darah muda. masa ni lah nafsu melonjak-lonjak. kan? dari sudut pandangan anak muda soal perkahwinan tu nampak sweet dan comel je. sebab tu ramai yang takrifkan nikah muda ni best.

bagi saya jatuh hukum wajib bagi seseorang tu berkahwin bila dia tak mampu mengawal nafsu di samping mempunyai kemampuan untuk menanggung pasangan diorang kan? zaman sekolah pun ustaz dah ajar benda ni. jangan disebabkan kita rasa kahwin muda tu best sampai kita lupa asas dan asbab perkahwinan tu dilangsungkan. sebagai contoh kalau seorang lelaki tu tak mampu untuk mengawal nafsu tapi beliau tak mampu nak tanggung makan, minum dan pakaian si isteri tak ke tu menzalimi pasangannya sendiri?

aspek zahir dan batin pasangan suami isteri ni kena jaga. kalau tak mempunyai kemampuan untuk menjaga salah satu perkara ni adakah mampu rumahtangga tu dihiasi dengan keluarga yang sakinah mawadah wa rahmah?

bukannya apa kadang-kadang kita dikaburi dengan keseronokan dan keinginan untuk bernikah awal tu sebab tertarik melihat gambar dan video yang di post dekat facebook. mungkin?

dosa-dosa anak perempuan itu ditanggung oleh si bapa sehinggalah beliau berkahwin.

adakah si suami sanggup menanggung dosa-dosa isteri pada usia yang muda sedangkan kita masih baru bertatih mengenal dunia?

pada mereka yang berkahwin muda itu adalah rahmat bagi Allah. asbabnya Allah maha mengetahui ada hikmah mereka diijabkabulkan pada usia yang muda. tapi mata yang melihat ini terasa cemburu nak sangat kahwin awal macam kawan-kawan yang kahwin muda ni. jangan terikut sangat dengan perasaan. ikut hati mati. ikut rasa binasa.

Allah tak pernah mungkir dengan janji-Nya. akan sampai waktu untuk kita diijabkabulkan dengan pasangan pilihan kita. moga itu jugalah pasangan yang dianugerahkan dari Allah.

mungkin kita boleh cakap bukan tiba masanya untuk aku bernikah awal sebab Allah mahu kita dalami ilmu-Nya terlebih dahulu. muhasabah diri kita. perbaiki diri kita. apa guna nikah awal tapi tak mampu mengimami isteri dalam solat. kan?

kita terlalu sibuk berfikir soal kahwin muda. soal mati muda? pernah terfikir?

insyaAllah, bila sampai jodoh yang dijanjikan oleh Allah terimalah seadaanya sebab itulah jodoh yang kita dambakan.



ingat ada tiga benda yang kita tak boleh tangguh. solat bila telah masuk waktu, jodoh bila sudah ditetapkan dan ajal bila telah menjemputmu.

kbai.
Azmeer Ahmad Shahruddin