Allah jadikan manusia cukup sifat. punya sepasang mata, telinga, tangan, kaki dan juga satu mulut. tapi ada di antara insan yang kurang bernasib baik. Allah uji mereka dengan menjadikan mereka buta, bisu, pekak dan cacat anggota badan.
Tapi pada pandangan segelintir insan yang cukup sifat orang cacat itu hina. ada pula yang takut untuk mendekati mereka. Allahurobi. Allah maha mengetahui di atas perkara yang dilakukan-Nya terhadap hamba-hamba-Nya.
ingatlah di akhirat nanti
si buta diringankan hisabnya kerana mata itu terlepas dari memandang maksiat
si pekak itu diringankan hisabnya kerana telinga itu terhindar dari mendengar khabar fitnah
si bisu itu diringakan hisabnya kerana mulut itu terkunci dari mengumpat serta mencela
si cacat anggota badan itu diringankan hisabnya kerana tangan dan kaki itu terhalang dari berbuat maksiat.
namun pada kita yang sempurna tubuh badan ini
adakah mata itu melihat tanda-tanda kebesaran Allah atau sebaliknya?
adakah telinga itu mendengar ayat-ayat Allah atau sebaliknya?
adakah mulut itu terdidik membaca kalimah-kalimah Allah atau sebaliknya?
adakah tangan itu ringan dengan amalan sedekah atau sebaliknya?
dan adakah kaki itu melangkah ke rumah Allah atau sebaliknya?
kbai